Panduan Penulisan Skrip - Siri 1

Rabu, Jun 18, 2008

Pengenalan

Skrip adalah satu penulisan perjalanan sesebuah LAKON LAYAR. Ia menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita itu akan bergerak. Bermula dari titik pertama, titik pertengahan hinggalah ke titik akhir. Di dalam erti kata lain skrip adalah lakaran perjalanan hidup bagi watak dan sekitarnya di dalam sesebuah LAKON LAYAR.

Apa itu LAKON LAYAR?

Menurut Syd Field (1982) di dalam bukunya yang bertajuk SCREENPLAY : The Foundation Of Script-writing, LAKON LAYAR ialah cerita bergambar.

Dari lakon layar ini, maka apabila ia divisualkan ia akan menjadi FILEM. FILEM itu pula merupakan medium visual yang menceritakan sesuatu jalan cerita asas yang dramatik. Filem ini bergerak mengikut lakaran-lakaran jalan cerita yang telah tercatat di dalam skrip.

Oleh itu, dengan mudah kita boleh menyatakan bahawa filem yang baik itu terhasil dari skrip yang baik. Namun begitu ada juga skrip yang baik tidak dapat divisualisasikan dengan baik kerana pelbagai faktor. Tetapi pada asasnya mudah, skrip yang baik INSYAALLAH akan mampu membentuk sebuah suratan perjalanan hidup yang baik di dalam filem itu.

Format

Terdapat pelbagai jenis format penulisan skrip sama ada filem mahu pun drama tv. Bagi pendapat saya, kesemua format ini boleh digunakan. Terpulang kepada penulis, ibarat kata SIFU saya Abang Zulkifli M.Osman, “Kita tidak boleh menyatakan format yang digunakan oleh seseorang penulis skrip itu salah. Terpulanglah mengikut keselesaan mereka, tapi sebaik-baiknya biarlah mengikut format yang standard”

Namun bagi saya suka menggunakan format Screenplay FINAL DRAFT. Bagi saya ia lebih mudah dan berkesan. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada penulis dan bakal penulis skrip agar mendapatkan software Final Draft untuk memudahkan kerja anda….

* p/s: Betulkan jika saya silap di ruangan komen... Sama-sama kita belajar…

Terima Kasih

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oklah tu....

Mihrab Cinta berkata...

assalamualaikum,

nice to meet u here Zaini n topik ni bleh la saya mula jinak2 dan belajar mengenai how to tulis skrip..hope can learn more from here, insyaAllah

Ajami Hashim berkata...

Salaam bro..

saya pon memulakan 'minat' saya 2005 dulu dgn buku2 yg sama Syd Field & Robert McKee.. InsyaAllah saya akn tonton telemovie2 bro kat ria bila ada kesempatan..

teruskan usaha penulisan bro coz saya baru 'bertapak' & masih 'belajar' dr semua sumber/info yg ada ;-)

Zaini Kosnin (Iniaz, K.) [B.Comm (Hons)] UUM. berkata...

Salam... Terima Kasih kerana sudi memberikan ulasan... Sama-samalah kita memperbanyakkan ilmu penulisan hak milik Allah s.w.t. ini...

Selamat menulis...

DaLi NabaWi berkata...

Salam abg zaini, terima kasih atas tunjuk ajar tentang penulisan skrip.saya baru dalam penulisan skrip ni,baru-baru ni saya ada download software final draft v7.0... tapi saya masih tak faham cara penggunaan software final draf ni.secara asasnya boleh tak abg zaini bagi sedikit tunjuk ajar bagaimana cara nak guna final draft ni sebaik-baiknya.
terima kasih.

sham_arma berkata...

Thanks. Panduan yang sgt baik.

Tanpa Nama berkata...

saya sudah siapkan satu skrip, hasrat saya untuk telemovie 2 jam tapi masih kuatir jika tidak memenuhi format dan standard yang betul, macamana kalau nak minta pandangan saudara berkenaan perkara ini?

ejamichi berkata...

bagaimana degan corak filem pendek..maaf sekadar bertanya..saya orang baru dalam bidang nih dan masih menuntut...kerna kalau filem berdurasi 5-7 minit agak sukar bagi saya menghasilkannya filem pendek yang menarik kerana ia terlalu pantas...jadi minta pandangan dari yang lebih tahu....

Imddin Ahmad berkata...

Contoh skrip tak ada ke?