Satu Kisah Yang Panjang...

Sabtu, Mac 21, 2009

0 ulasan
Salam Penuh Penghormatan....

Buat semua rakan-rakan yang terus mengikuti blog ini meskipun baru dan lama... Rasanya dah terlalu lama saya mengabaikan tanggungjawab untuk mengemaskini blog ini... Bukanlah semua itu disengajakan...

Alhamdulillah... 2009 merupakan tahun yang amat menyenangkan bagi saya... Bermula dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk saya mula berjalan, meskipun sehingga kita masih bergantung dengan tongkat dan agak perlahan, namun saya tetap bersyukur kerana diberikan kenikmatan berjalan ini semula setelah 3 tahun lebih menunggu dan berusaha...

Alhamdulillah sekali lagi kerana rezeki pada permulaan 2009 ini agak memuaskan... Meskipun ia menjadikan saya agak sibuk, namun itu sememangnya saya harapkan untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa...

Paling menjadikan saya gembira ialah perkenalan dengan seorang yang menjadi idola saya selama ini... Abang Mazelan Manan... seorang penulis skrip yang termasyhur... Rasa seronok sangat... Abang Mazelan Manan memang best! Banyak ilmu penulisan skrip saya dapat pelajari daripadanya... Dialah manusia yang boleh saya anggap sebagai salah seorang SIFU saya!... Terima kasih Abang Mazelan sebab sudi memberikan saya tunjuk ajar yang tak terhingga... InsyaAllah, segala ilmu yang abang berikan itu akan saya gunakan dengan sebaiknya...

Permulaan 2009 ini juga banyak mengubah cara hidup saya... hubungan saya dengan rakan-rakan baru dan lama juga semakin erat... Paling menyeronokkan, ramai juga kawan-kawan dari production pun dah bertambah... Bulan lepas masa pergi KL untuk 'pitching' kat RTM dapat juga jumpa kawan lama yang dah lama tak jumpa dan dapat berkenalan dengan kawan baru...

Masa tulah dapat jumpa kawan-kawan lama, Abang Bobby & Hj. Fadzil (Zeel Pro), Abang Khalil, Ji & Ji (Asia Best Comm), Kak Azura (General & Global Pro), Kak A.Aida (A.Aida Pro), Abang Hambali & Member (Pentas Opera), Kak Pah (Productive Impact), Abang BaiCam, Abang Zulkiflie M. Osman, Abang Bahar, Din CJ & Member, Khidir & ramai lagilah... Kawan-kawan baru pula dapat berkenalan dengan Aza & Ida (10View), Budak-budak Aswara... ramai lagi....

Bila dapat bertemu semula ni barulah rasa hidup lebih bermakna... kalau tidak, rasa macam kosong saja.... Cuma Abang Murali Abdullah saja yang tak sempat nak jumpa... Dah lama sangat tak jumpa dia... Hari tu dia tengah sibuk...

InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa 15 April ni mungkin akan mula tinggal di Cheras kot... Kalau tak ada apa-apa masalah... sebab Abang Khalil ajak duduk kat situ... Harap-harap dapatlah saya bekerja dengan lebih keras lagi... Nak kumpul duit... sebab nak kahwin... Hehehe.... Harap rakan-rakan semua dapat tolong doakan kejayaan saya ya... mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan jalan untuk saya mencari rezeki... Al-maklumlah, Si Dia dah lama sangat menunggu...

Oklah... Kepada yang berkarya, teruskan berkarya... jangan berhenti... ok? Tak kisahlah macam mana pun... buat saja ikut suka!

Salam hormat,

Zaini Kosnin