Indah Cerita Cinta - Lagu Baru Oktober 2012

Khamis, Oktober 11, 2012

0 ulasan


Assalamu'alaikum...

Ini lagu baru yang saya buat khas untuk isteri saya... Harap rakan-rakan sudi dengar, like, comment dan share video ini...

Jasa baik rakan-rakan amat saya hargai. Didoakan semoga rakan-rakan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t setiap masa serta dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah... Amin...

Terima kasih....

Z K

Zaini Kosnin Di Kosmo Refleks - Insprirasi

Khamis, Januari 26, 2012

0 ulasan
Tarikh: 25 Januari 2011

Muka Surat: A13

 

 

 

Hantu Parit Sonto - Astro Warna

Selasa, Januari 24, 2012

1 ulasan

Kepala mula serabut... Tengah buat skrip Hantu Parit Sonto... Pening juga nak bagi lawak semaksimum mungkin ni... Saya kena berusaha keras untuk memastikan telemovie Hantu Parit Sonto ni menjadi telemovie komedi yang terlawak abad ini...

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini... Berilah ilham yang terbaik agar hamba-Mu ini dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk penonton semua...

Saya sentiasa cuba memberikan hasil yang terbaik bagi setiap karya saya... Untuk semua penonton... Lebih-lebih lagi bila skrip tersebut saya terbitkan sendiri di bawah syarikat saya ZKCPro...

Ini telemovie yang kelima syarikat saya terbitkan... Harap-harap sukses dan mendapat sokongan dari rakan-rakan sekelian...

Sekian, terima kasih...

Salam hormat,

Z K - (Zackay)

Tahun Baru, Wajah Baru...

Khamis, Januari 19, 2012

1 ulasan
Salam...

Blog saya dah berwajah baru... Saja tukar template... Ingatkan nak tanam semangat baru untuk lebih rajin tulis dalam blog ni... Keh keh keh... Ada harapan ke?

Tak tahulah... Kalau rajin, tentu boleh... Tapi kalau rajin pun, sibuk dengan kerja semasa, tak boleh juga...

Entahlah... nanti akan saya carikan masa untuk terus menulis blog ini... saya ingat nak perbanyakkan semula tentang panduan penulisan skrip.... Siapa setuju? Angkat tangan... hahahahaha...

InsyaAllah, nanti saya akan perbanyakkan perkongsian ilmu tentang penulisan skrip dan proposal untuk drama TV ya... Sama-sama kita pelajari...



Selain pasal skrip, saya juga tengah nak cari jalan untuk rajin-rajin menulis kembali karya-karya
yang lain macam cerpen ke... puisi ke... InsyaAllah... Kalau ada masa terluang...

Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk semua ini... Amin...



Untuk tambah menarik lagi, selain daripada promosi tentang karya-karya aku kat sini, saya juga nak cuba-cubalah posting tentang topik filem-filem dan drama-drama tempatan... Bukan kritikan ya, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu dan mencari kekuatan... Sebab aku memang tak suka kritik karya orang lain... Aku suka puji saja... :p


InsyaAllah aku akan cari lebih banyak ruang untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini... Kepada semua pembaca juga, jangan lupa lawat blog syarikat saya ya...

http://zkcpro.blogspot.com

Kat sana saya lebih banyak berkongsi tentang telemovie dan drama yang saya terbitkan sendiri...

Semoga kita semua terus sukses dan maju untuk mencapai matlamat hidup kita...


Sekian, terima kasih....


Salam hormat...