Nur Di Jiwa Harina

Isnin, Disember 28, 2009

1 ulasan
Assalamua'laikum...

Sekarang ini saya masih lagi menguruskan penerbitan telemovie Nur Di Jiwa Harina untuk TV3... Harap rakan-rakan dapat doakan projek ini berjalan dengan lancar...


Salam sayang...

Zaini Kosnin

Konsep Garis Cerita?

Sabtu, Disember 19, 2009

7 ulasan
Konsep Garis Cerita? Ada juga orang menyebutnya Storyline Concept. Apa itu? Itu adalah satu garisan yang digunakan untuk menentukan sesebuah cerita. Jika dulu, sewaktu kita sekolah rendah, cikgu ada mengajar kita bagaimana hendak menghasilkan sebuah karangan yang baik. Biasanya, ia mesti mempunyai Pengenalan, Isi dan Penutup.

Ini adalah kemahiran asas di dalam menentukan penulisan sesebuah cerita. Sama juga dengan penulisan skrip drama, telemovie atau pun filem. Konsep ini dipanggil Konsep Garis Cerita.

Di dalam konsep ini, terdapat beberapa perkara yang mesti dipatuhi untuk menghasilkan sebuah skrip yang bagus. Di antaranya adalah:

1) Permulaan
- Bagaimana ia bermula. Apa yang berlaku dan apakah pencetus kepada permulaan cerita tersebut.

2) Konflik
- Bagaimana konflik boleh bermula dan apakah pencetus kepada konflik tersebut. Untuk mencantikkan sesebuah skrip, pencetus kepada konflik ini mestilah mempunyai perkaitan dengan permulaan.

3) Klimaks
- Sebelum masuk ke klimaks, pertama sekali mestilah ada pencetus kepada wujudnya klimaks. Apakah perkara yang berlaku sehingga keadaan mendorong ke arah tercetusnya klimaks.

4) Pencetus Kesimpulan / Penutup
- Setelah cerita sampai ke tahap paling klimaks, penulis perlu mewujudkan pencetus kepada penyelesaian masalah ataupun kesimpulan untuk Penutup.

5) Penutup
- Di akhir cerita, bagaimana cerita berakhir... Apakah kesimpulan yang boleh dibuat...

Paling penting sekali, sebagai seorang penulis skrip, kita perlu memahami bahawa kita menulis untuk divisualkan. Bukan untuk menulis cerita untuk dibaca. Oleh yang demikian, bayangan visual di dalam fikiran kita amat penting ketika menulis dan apa yang penting, kita tahu bahawa gambarankan itu, boleh divisualkan...

Nanti kita sambung lagi ya...

Salam Ukhwah Penuh Kasih Sayang...


Zaini Kosnin

Keagungan Allah

Khamis, Disember 17, 2009

2 ulasan
Assalamua'laikum...

Rakan-rakan seperjuangan dan seagama sekelian... Di harap kita semua akan sentiasa di dalam perlindungan dan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. Allah s.w.t itu Maha Agung lagi Maha Berkuasa akan sesuatu. Sesungguhnya tidak ada dan tidak akan ada sesuatu pun di dalam dunia ini dapat menandingi-Nya.

Inilah perkara yang perlu ditekankan di dalam hati kita sebagai umat Islam yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk berada di atas jalan-Nya. Sebagai penulis yang selalu menyampaikan dan berkongsi cerita kepada pembaca atau penonton, seelok-eloknya kita hendaklah sentiasa menyelitkan tentang keagungan Allah s.w.t di dalam setiap karya kita dengan tujuan untuk mengingatkan pembaca dan penonton serta diri kita sendiri tentang hakikat kekuasaan Allah s.w.t ini.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk atas berlagak pandai, tetapi dengan harapan jika ada diselitkan unsur-unsur usaha agama ini, maka sekurang-kurangnya mudah-mudahan karya kita tidak diklasifikasikan sebagai karya yang melalaikan dan menyeru ke arah kemaksiatan.

Alangkah indahnya jika kita sebagai umat Islam mengambil tanggungjawab ini. Sekurang-kurangnya, kita dapat menyumbang untuk Islam dan kita tidak akan digolongkan di dalam golongan orang-orang yang rugi kerana tidak menyampaikan atau mengingatkan ke arah kebaikan...

Sekian... Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.


Salam ukhwah penuh kasih sayang...


Zaini Kosnin

SWAM

Isnin, Disember 14, 2009

2 ulasan
Assalamua'laikum...

SWAM? Persatuan Penulis Skrin Malaysia... Itulah satu-satunya persatuan yang memperjuangkan nasib Penulis Skrip / Skrin di Malaysia...

Setelah hampir 8 tahun berkecimpung di arena produksi dan perfileman, akhirnya Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk mengambil borang bagi tujuan mendaftarkan diri dengan SWAM.

Mungkin ramai di luar sana rakan-rakan penulis yang masih tidak berdaftar atau pun enggan berdaftar. Entah kenapa, saya tak tahu. Tapi pada pandangan saya, ada baiknya juga jika kita dapat bersatu hati, bernaung di bawah satu persatuan.

Tidak ada apa-apa harapan atau agenda, sekadar menjadikan ia sebagai pelengkap diri dan menghargai apa yang telah diusahakan oleh penulis-penulis terdahulu. Kata orang, jangan sombong dan bongkak, nanti orang tak suka. Kalau susah orang tak nak tolong.

Fikir positif, sekurang-kurangnya dengan berdaftar kepada SWAM, kita dapat berkenalan dengan berkongsi pendapat dengan penulis-penulis lain. Kadang kala, pandangan kita di dalam ilmu penulisan ni tak semestinya betul. Sebab itulah kita perlu pandangan orang lain sama. Paling kurang pun kalau kita daftar, kita ada nombor keahlian SWAM. Apa salahnya. Ya tak?

Jom kita daftar... jangan nanti dah ditimpa macam-macam masalah, baru nak merendah diri mengadu pada SWAM.... Hehehe....

Orang dan sediakan tempat, kita pergi sajalah... Ya tak?

Ok... Semoga rakan-rakan semua sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t... Amin...


Zaini Kosnin.

Tanggungjawab Penulis Skrin Muslim

Ahad, Disember 13, 2009

2 ulasan
Assalamua'laikum...

Rakan-rakan yang dihormati sekelian. Menulis cerita sama ada untuk diterbitkan untuk media cetak atau pun divisualkan untuk drama dan filem adalah satu tanggungjawab yang besar. Menyampaikan satu-satu cerita dengan tujuan atas empat perkara iaitu menyampaikan mesej, mendidik, menghibur dan memujuk.

Namun begitu, di dalam keempat-empat perkara ini, kadang kala kita sering kali terlupa akan tanggungjawab kita hingga kita terlalu fokus pada mencari keuntungan semata-mata. Sehingga kita lalai dan tanpa kita sedari kita telah mempengaruhi pembaca atau menonton kepada perkara-perkara yang negatif.

Saya bukanlah seorang yang bercakap pandai, namun seringkali saya terfikir betapa bodohnya kita sebagai seorang penulis tidak menggunakan kesempatan yang kita ada untuk beramal melalui dakwah di dalam penulisan kita. Tidak semua penulis begitu, tetapi kebanyakannya lebih suka memilih sesuatu yang melalaikan untuk disampaikan berbanding dengan berdakwah ke arah kebaikan. Dengan alasan permintaan dari orang ramai dan kehendak pasaran.

Saya tidak berani untuk menyatakan itu semua satu kesalahan, tetapi saya tahu betapa ruginya golongan penulis yang menyeru penonton atau pembaca secara tidak sengaja ke arah kemaksiatan, ke arah perkara-perkara syirik dan ke arah kebodohan...

Fikir-fikirkanlah...

Salam Ukhwah Penuh Kasih Sayang...


Zaini Kosnin

Wajah Baru, Harapan Baru

4 ulasan
Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya menyepikan diri, kini Allah telah memberikan kekuatan dan kelapangan untuk saya meluangkan sedikit masa menulis blog ini kembali...

Kini, blog ini telah pun berubah wajah... dengan wajah baru ini, saya berharap agar mendapat harapan baru untuk meneruskan usaha menulis, menyampaikan dan berdakwah melalui medium dan saluran yang saya gunakan selama ini...

Diharap, rakan-rakan sekalian dapat terus memberikan dorongan dan sokongan untuk saya terus berusaha melakukan segala tanggungjawab saya selama ini...

Sokongan dari anda semua, amat saya hargai...

Salam Ukhwah Penuh Kasih Sayang...

Sucilah Hati di YouTube... Tq to Hazel2k

Ahad, Jun 21, 2009

2 ulasan










Sucilah Hati - Cerekarama TV3

http://www.youtube.com/watch?v=Asm2ZiwRQvA

Skrip: Zaini Kosnin

Terbitan: ASIA BEST Communications Sdn. Bhd.

Nikmatilah ya... Tq to Hazel2k dan semua yang menonton...

Salam hormat...


Zaini Kosnin

I'ktikaf Di YouTube... Tq to Hazel2k & Darulbayan

0 ulasan










I'ktikaf

Hazel2k Channel
http://www.youtube.com/watch?v=fXY0Qx__qDM

Darulbayan Channel
http://www.youtube.com/watch?v=fHqJPUnTCnw

Skrip: Zaini Kosnin

Terbitan: Zeel Production Sdn. Bhd.

Nikmatilah ya... Tq to Hazel2k, Darulbayan dan semua yang menonton...

Salam hormat...


Zaini Kosnin

Halimah Jongang Di YouTube... Tq to Sharimie1

0 ulasan


Halimah Jongang

http://www.youtube.com/watch?v=RFjfORiPG88

Skrip: Zaini Kosnin

Terbitan: A.Aida Production Sdn. Bhd.

Nikmatilah ya... Tq Sharimie1 & semua yang menonton...

Salam hormat...


Zaini Kosnin

Sucilah Hati @ Sesucilah Hati???

Ahad, Jun 14, 2009

0 ulasan
Salam...

Macam mana telemovie 'Sucilah Hati' boleh bertukar menjadi 'Sesucilah Hati'? Itu yang tak faham tu...

Apa-apa hal pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah menonton telemovie cerekarama ini...

Teruskan menyokong saya... saya amat memerlukan sokongan anda dan anda semua adalah penguat semangat saya untuk terus berkarya...


Terima kasih atas segalanya... Nantikan kemunculan telemovie komedi 'AMARAH' di TV2 Julai ini...


Salam hormat...


Zaini Kosnin.

Sucilah Hati - Cerekarama

Jumaat, Jun 12, 2009

1 ulasan
Salam...


Jangan lupa menonton telemovie 'SUCILAH HATI'... di Cerekarama TV3.

Tarikh: 13 June 2009
Jam: 10.00 malam
Arahan: Murali Abdullah
Skrip: Zaini Kosnin
Terbitan Asia Best Communications Sdn. Bhd.

Jangan lupa...

Tq.

Salam hormat

Zaini Kosnin
Penerbit Eksekutif AB Comm SB

Halimah Jongang

1 ulasan
Salam...

Terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Halimah Jongang dan memberikan sokongan kepada telemovie ini...

Tanpa sokongan anda, tidak ada ertinya setiap penulisan saya itu... Nantikan kemunculan Halimah Jongang dalam versi episod pula....

Teruskan menyokong drama, telemovie & filem Melayu...

Salam hormat dari saya...


Zaini Kosnin
Penulis Skrip 'Halimah Jongang'

Asia Best Communications Sdn. Bhd.

Khamis, April 30, 2009

1 ulasan
Salam...

Sukacita dimaklumkan, bahawa saya telah pun menjadi warga 'Asia Best Communications Sdn. Bhd'. bermula pada 15 April 2009 yang lalu... Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberi saya kekuatan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur meskipun dengan keadaan yang sedikit sukar kerana kaki yang masih belum pulih sepenuhnya. Kini saya menjawat jawatan 'Executive Producer' di sini.

Memulakan kerja setelah bercuti selama 3 tahun setengah ini sememangnya sesuatu yang amat mengujakan... Tambahan pula, sebaik sahaja saya memulakan tugas, kami telah pun mendapat satu 'job' dari TV3 untuk slot cerekarama. Telemovie ini juga merupakan skrip hasil karya saya yang bertajuk 'Sucilah Hati'... Alhamdulillah...

InsyaAllah kami akan memulakan penggambaran pada 5 Mei ini... Harap rakan-rakan semua dapat mendoakan projek ini dapat berjalan dengan lancar...

Jangan lupa nantikan kemunculannya.... 'Sucilah Hati'....


Salam hormat...


Zaini Kosnin

Nantikan Kemunculan.... Akan Datang!!!

0 ulasan
Telemovie 'Amarah'
Genre: Semi Light Comedy
RTM
Terbitan: A.Aida Production Sdn. Bhd.
Skrip: Zaini Kosnin

Telemovie 'Halimah Jongang'
Genre: Romantic Comedy
Astro Prima
Terbitan: A.Aida Production Sdn. Bhd.
Idea Asal: A. Aida
Skrip: Zaini Kosnin

Satu Kisah Yang Panjang...

Sabtu, Mac 21, 2009

0 ulasan
Salam Penuh Penghormatan....

Buat semua rakan-rakan yang terus mengikuti blog ini meskipun baru dan lama... Rasanya dah terlalu lama saya mengabaikan tanggungjawab untuk mengemaskini blog ini... Bukanlah semua itu disengajakan...

Alhamdulillah... 2009 merupakan tahun yang amat menyenangkan bagi saya... Bermula dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk saya mula berjalan, meskipun sehingga kita masih bergantung dengan tongkat dan agak perlahan, namun saya tetap bersyukur kerana diberikan kenikmatan berjalan ini semula setelah 3 tahun lebih menunggu dan berusaha...

Alhamdulillah sekali lagi kerana rezeki pada permulaan 2009 ini agak memuaskan... Meskipun ia menjadikan saya agak sibuk, namun itu sememangnya saya harapkan untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa...

Paling menjadikan saya gembira ialah perkenalan dengan seorang yang menjadi idola saya selama ini... Abang Mazelan Manan... seorang penulis skrip yang termasyhur... Rasa seronok sangat... Abang Mazelan Manan memang best! Banyak ilmu penulisan skrip saya dapat pelajari daripadanya... Dialah manusia yang boleh saya anggap sebagai salah seorang SIFU saya!... Terima kasih Abang Mazelan sebab sudi memberikan saya tunjuk ajar yang tak terhingga... InsyaAllah, segala ilmu yang abang berikan itu akan saya gunakan dengan sebaiknya...

Permulaan 2009 ini juga banyak mengubah cara hidup saya... hubungan saya dengan rakan-rakan baru dan lama juga semakin erat... Paling menyeronokkan, ramai juga kawan-kawan dari production pun dah bertambah... Bulan lepas masa pergi KL untuk 'pitching' kat RTM dapat juga jumpa kawan lama yang dah lama tak jumpa dan dapat berkenalan dengan kawan baru...

Masa tulah dapat jumpa kawan-kawan lama, Abang Bobby & Hj. Fadzil (Zeel Pro), Abang Khalil, Ji & Ji (Asia Best Comm), Kak Azura (General & Global Pro), Kak A.Aida (A.Aida Pro), Abang Hambali & Member (Pentas Opera), Kak Pah (Productive Impact), Abang BaiCam, Abang Zulkiflie M. Osman, Abang Bahar, Din CJ & Member, Khidir & ramai lagilah... Kawan-kawan baru pula dapat berkenalan dengan Aza & Ida (10View), Budak-budak Aswara... ramai lagi....

Bila dapat bertemu semula ni barulah rasa hidup lebih bermakna... kalau tidak, rasa macam kosong saja.... Cuma Abang Murali Abdullah saja yang tak sempat nak jumpa... Dah lama sangat tak jumpa dia... Hari tu dia tengah sibuk...

InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa 15 April ni mungkin akan mula tinggal di Cheras kot... Kalau tak ada apa-apa masalah... sebab Abang Khalil ajak duduk kat situ... Harap-harap dapatlah saya bekerja dengan lebih keras lagi... Nak kumpul duit... sebab nak kahwin... Hehehe.... Harap rakan-rakan semua dapat tolong doakan kejayaan saya ya... mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan jalan untuk saya mencari rezeki... Al-maklumlah, Si Dia dah lama sangat menunggu...

Oklah... Kepada yang berkarya, teruskan berkarya... jangan berhenti... ok? Tak kisahlah macam mana pun... buat saja ikut suka!

Salam hormat,

Zaini Kosnin