Tanggungjawab Penulis Skrin Muslim

Ahad, Disember 13, 2009

Assalamua'laikum...

Rakan-rakan yang dihormati sekelian. Menulis cerita sama ada untuk diterbitkan untuk media cetak atau pun divisualkan untuk drama dan filem adalah satu tanggungjawab yang besar. Menyampaikan satu-satu cerita dengan tujuan atas empat perkara iaitu menyampaikan mesej, mendidik, menghibur dan memujuk.

Namun begitu, di dalam keempat-empat perkara ini, kadang kala kita sering kali terlupa akan tanggungjawab kita hingga kita terlalu fokus pada mencari keuntungan semata-mata. Sehingga kita lalai dan tanpa kita sedari kita telah mempengaruhi pembaca atau menonton kepada perkara-perkara yang negatif.

Saya bukanlah seorang yang bercakap pandai, namun seringkali saya terfikir betapa bodohnya kita sebagai seorang penulis tidak menggunakan kesempatan yang kita ada untuk beramal melalui dakwah di dalam penulisan kita. Tidak semua penulis begitu, tetapi kebanyakannya lebih suka memilih sesuatu yang melalaikan untuk disampaikan berbanding dengan berdakwah ke arah kebaikan. Dengan alasan permintaan dari orang ramai dan kehendak pasaran.

Saya tidak berani untuk menyatakan itu semua satu kesalahan, tetapi saya tahu betapa ruginya golongan penulis yang menyeru penonton atau pembaca secara tidak sengaja ke arah kemaksiatan, ke arah perkara-perkara syirik dan ke arah kebodohan...

Fikir-fikirkanlah...

Salam Ukhwah Penuh Kasih Sayang...


Zaini Kosnin

2 ulasan:

Dzarr Kamal Yusouf berkata...

Assalamualaikum Sdra Zaini..
Maaflah hanya baru kini saya sempat kembali menatap blog sdra. kerana masih berada di Tanah Suci.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat sdra.Namun yang menjadi masalah kpd penulis-penulis baharu adalah mereka terasa terpaksa menulis sesuatu yang selari dengan kehendak produksi. Jika tidak karya tidak terpilih pula.Bagaimana ya !...

Zaini Kosnin (Iniaz, K.) berkata...

Wa'alaikumusalam...
Terima kasih tuan... itulah delima yg selalu menghantui penulis skrip... namun begitu, segalanya boleh dielakkan... kita sendiri memilih apa yang hendak kita tulis... terpulanglah pada kita untuk menentukan hala tuju penulisan kita... Jika terpaksa juga, tulislah dengan penuh berhikmah... jgn sampai menyampaikan mesej yg songsang atau menyesatkan... kaji implikasi dari setiap scene yg kita wujudkan di dalam cerita kita... itu sj pandangan yg dpt sy berikan...


Terima kasih...