SWAM

Isnin, Disember 14, 2009

Assalamua'laikum...

SWAM? Persatuan Penulis Skrin Malaysia... Itulah satu-satunya persatuan yang memperjuangkan nasib Penulis Skrip / Skrin di Malaysia...

Setelah hampir 8 tahun berkecimpung di arena produksi dan perfileman, akhirnya Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk mengambil borang bagi tujuan mendaftarkan diri dengan SWAM.

Mungkin ramai di luar sana rakan-rakan penulis yang masih tidak berdaftar atau pun enggan berdaftar. Entah kenapa, saya tak tahu. Tapi pada pandangan saya, ada baiknya juga jika kita dapat bersatu hati, bernaung di bawah satu persatuan.

Tidak ada apa-apa harapan atau agenda, sekadar menjadikan ia sebagai pelengkap diri dan menghargai apa yang telah diusahakan oleh penulis-penulis terdahulu. Kata orang, jangan sombong dan bongkak, nanti orang tak suka. Kalau susah orang tak nak tolong.

Fikir positif, sekurang-kurangnya dengan berdaftar kepada SWAM, kita dapat berkenalan dengan berkongsi pendapat dengan penulis-penulis lain. Kadang kala, pandangan kita di dalam ilmu penulisan ni tak semestinya betul. Sebab itulah kita perlu pandangan orang lain sama. Paling kurang pun kalau kita daftar, kita ada nombor keahlian SWAM. Apa salahnya. Ya tak?

Jom kita daftar... jangan nanti dah ditimpa macam-macam masalah, baru nak merendah diri mengadu pada SWAM.... Hehehe....

Orang dan sediakan tempat, kita pergi sajalah... Ya tak?

Ok... Semoga rakan-rakan semua sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t... Amin...


Zaini Kosnin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

BAGUS itu encik eksekutif produser. I'Allah, sayapun hendak daftar. Mana tahu dari situ juga, saya dapat mengasah dan mengilap bakat saya menjadi seorang penulis skrip yang disegani juga seperti Iniaz.K..he he (bukan bodek Tok guru yer)

Norah Nor

czuka @ someboy berkata...

bilalah saya sehebat abg zaini ya...emm...impian sajalah saya..!!