Tahun Baru, Wajah Baru...

Khamis, Januari 19, 2012

1 ulasan
Salam...

Blog saya dah berwajah baru... Saja tukar template... Ingatkan nak tanam semangat baru untuk lebih rajin tulis dalam blog ni... Keh keh keh... Ada harapan ke?

Tak tahulah... Kalau rajin, tentu boleh... Tapi kalau rajin pun, sibuk dengan kerja semasa, tak boleh juga...

Entahlah... nanti akan saya carikan masa untuk terus menulis blog ini... saya ingat nak perbanyakkan semula tentang panduan penulisan skrip.... Siapa setuju? Angkat tangan... hahahahaha...

InsyaAllah, nanti saya akan perbanyakkan perkongsian ilmu tentang penulisan skrip dan proposal untuk drama TV ya... Sama-sama kita pelajari...



Selain pasal skrip, saya juga tengah nak cari jalan untuk rajin-rajin menulis kembali karya-karya
yang lain macam cerpen ke... puisi ke... InsyaAllah... Kalau ada masa terluang...

Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk semua ini... Amin...



Untuk tambah menarik lagi, selain daripada promosi tentang karya-karya aku kat sini, saya juga nak cuba-cubalah posting tentang topik filem-filem dan drama-drama tempatan... Bukan kritikan ya, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu dan mencari kekuatan... Sebab aku memang tak suka kritik karya orang lain... Aku suka puji saja... :p


InsyaAllah aku akan cari lebih banyak ruang untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini... Kepada semua pembaca juga, jangan lupa lawat blog syarikat saya ya...

http://zkcpro.blogspot.com

Kat sana saya lebih banyak berkongsi tentang telemovie dan drama yang saya terbitkan sendiri...

Semoga kita semua terus sukses dan maju untuk mencapai matlamat hidup kita...


Sekian, terima kasih....


Salam hormat...

Selamat...

Rabu, Februari 16, 2011

7 ulasan
Alhamdulillah...

Yang Terpuji dah pun selamat ditayangkan... Apa yang nak kena settlekan sekarang ni ialah beberapa skrip lain...

Doakan kami terus sukses.... Amin...

Karya Terbaru ZK - "Yang Terpuji..."

Ahad, Februari 13, 2011

10 ulasan
Assalamua'laikum...

Alhamdulillah... Jika Sabtu 05 Februari 2011 hari tu "Biarkan Aku Menangis" ditayangkan di TV3 untuk slot Cerekarama, minggu ini sebuah lagi skrip karya Zaini Kosnin akan ditayangkan!

Kali ini untuk slot khas sempena Maulidur Rasul... :-)

Jangan lupa saksikan Telemovie "Yang Terpuji" pada 15 Februari 2011 ini, jam 10.00 malam, di TV3... Terbitan A.Aida Production Sdn. Bhd.

Jangan lupa tau... selamat menonton....

Terima kasih...

Kursus Kerjaya Sebagai Penulis Skrip Drama TV dan Filem

Sabtu, Februari 12, 2011

12 ulasan
Anda seorang suri rumahtangga sepenuh masa? Anda seorang guru atau kakitangan kerajaan dan swasta yang mempunyai masa yang terluang? Ingin menambah pendapatan sampingan? Ingin bekerja dari rumah? Ingin menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya anda?

Ketahui potensi diri anda sama ada adakah anda berbakat menjadi seorang penulis? Penulis Skrip Drama TV dan Filem yang akan menjamin masa depan anda dan mengubah status hidup anda....

Sertai Kursus Kerjaya Sebagai Penulis Skrip Drama TV dan Filem anjuran Z K Creative Production Sdn. Bhd. yang akan di adakan pada :-

Tarikh: 10 April 2011.
Tempat: Kluang, Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mariam Amin, Pengurus Acara Zon Selatan di talian 017-7180338.

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti kursus yang menjanjikan kerjaya yang terbaik untuk anda.... InsyaAllah...

Kepada rakan-rakan yang berada di negeri lain, kami akan sampai ke tempat anda... Tunggu....

Salam hormat,


Zaini Kosnin
Pengarah Urusan / Penerbit
Z K Creative Production Sdn. Bhd.

Z K Creative Production Sdn. Bhd.

5 ulasan
Salam...

Adalah dengan ini, saya mengumumkan bahawa saya telah pun menubuhkan syarikat produksi saya sendiri iaitu:

Z K Creative Production Sdn. Bhd.

Kepada rakan-rakan penulis skrip, atau pun yang berminat dengan penulisan skrip... atau pun yang mempunyai bakat menulis skrip, bolehlah menghantar segala proposal atau idea anda ke syarikat kami...

Emailkan ke: zkcpro@yahoo.com

Manalah tahu, kerjaya sebagai penulis skrip anda akan bermula di sini...

Apa tunggu lagi.... cepat-cepatlah....

Jom...