Menjadi Seorang Penulis Yang...

Jumaat, Oktober 24, 2008

Salam...

Maaf kerana telah sekian lama saya menyepi... Ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan sejak akhir-akhir ini... Selain daripada menyiapkan skrip terbaru, saya juga kena siapkan proposal baru untuk tahun depan. Kalau tidak nanti tahun depan tak ada projek pula... Tambahan pula dengan program treatment yang saya sedang ikuti di hospital, ini menjadikan saya benar-benar sibuk.

Alhamdulillah, meskipun saya menyepi, ramai juga yang sudi hantar email dan menelefon saya bertanya khabar dan berbincang tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan penulisan skrip. Kadang kala ada email yang saya tak sempat nak jawab. Maaflah... Bukan saya tak nak layan. Tapi tak sempat...

Namun saya tertarik dengan satu email yang saya terima. Pengirim bertanya tentang bagaimanakah ciri-ciri seorang penulis skrip yang terbaik... Saya dengan rasa berbesar hati, ingin berkongsi perkara ini dengan rakan-rakan sekelian.

Sebenarnya tidak ada ciri-ciri khusus untuk menjadi seorang penulis skrip yang baik. Ia sama dengan semua bidang dan kerjaya yang lain. Kalau kita tanya begitu, samalah dengan penarik beca, bagaimana menjadi seorang penarik beca yang baik. Jawapannya pasti sama.... begitu juga dengan seorang doktor. Ciri-cirinya juga sama...

Bidang apa pun yang kita ceburi, kita mesti ada perkara-perkara tersebut:

1) Ilmu Pengetahuan
2) Minat
3) Kesungguhan
4) Kerajinan
5 Ketabahan

Huraiannya:

1) Ilmu pengetahuan memastikan bahawa kita tahu apa yang kita buat.
2) Minat memastikan yang kita suka apa yang kita buat.
3) Kesungguhan memastikan yang kita ikhlas dengan apa yang kita buat.
4) Kerajinan memastikan kita akan terus buat apa yang kita buat.
5) Ketabahan memastikan yang kita tidak akan putus asa dengan apa yang kita buat.

Inilah resepi kejayaan apa jua kerjaya... Ini prinsip saya yang saya pegang dari dulu. Kalau awak boleh faham maksud ke lima-lima perkara ini, insyaAllah awak boleh jadi penulis yang baik.

Percayalah... tak ada kejayaan yang boleh datang sendiri... Kalau ada sesuatu yang awak rasakan sebagai kejayaan datang dalam hidup awak dengan sendiri, tanpa usaha... berhati-hati kerana itu bukannya kejayaan, tetapi UJIAN.... kerana hanya dengan kesusahan kita akan mendapat kesenangan... Itulah hukum hidup di dunia Allah s.w.t ini....

Salam penuh penghormatan....

Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t.... Amin....

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

4 ulasan:

fssf berkata...

syukur alhamdulillah sdr telah kembali ... moga semakin ceria dan sembuh dari segala kesakitan dan musibah hendaknya ... aminnnnnnnnnnnnnnn

Amiene Rev berkata...

Alhamdulillah. :D

fionadarq_shahJadie berkata...

maafkan saya... boleh tak saudara tolong terangkan apa yang dimaksudkan dengan pengolahan filem. saya betul-betul buntu. skrip dah siap. tapi pengolahan filem turut diminta. jadi, boleh tak saudara tolong bantu saya? seberapa segera?

Hati Riang berkata...

Asalamualaikum...
Seronoknya baca penerangan Tuan. saya sangat berminat untuk menulis seja dulu tapi saya tidak tahu tatacara menulis skrip. Terima kasih kerana info itu. kalau org lain, mereka jual ini semua.

saya sudah ada beberapa cerita yg saya akan tuliskan. dengan berpandukan jalan yg tuan bagi tu, saya akan garap cerita tersebut menjadi sebuah drama atau Filem.

Terima kasih.