Blog Karya-karya Zaini Kosnin (Iniaz, K.) Dilancarkan!!!

Isnin, April 21, 2008

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... setelah sekian lama, kini Allah s.w.t. memberikan kekuatan untuk saya melancarkan dan menulis laman blog ini pula...
Mungkin ianya tidak seberapa dan hanya sederhana, namun apa yang penting melalui blog ini saya berharap saya dapat memperkembangkan lagi bakat saya melalui penulisan dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan melalui karya-karya saya... seperti penulisan skrip drama & filem, lirik lagu, cerpen, puisi, pantun dan juga e-novel / e-book...
Kemalangan yang menimpa saya pada hujung tahun 2005 telah menyebabkan saya kini bagaikan terasing dari dunia luar kerana keterbatasan pergerakan saya apabila hanya berharap kepada kerusi roda ini untuk ke mana-mana.
Mujur juga ada kecanggihan teknologi internet yang telah dianugerahkan oleh Allah ini, sekurang-kurangnya dapat jua saya menjenguk ke dunia luar melaluinya... Alhamdulillah...
Apa yang saya harapkan, dapatlah sekiranya kita berkongsi ilmu dan pandangan di dalam apa jua bidang terutama bidang penulisan melalui laman blog ini... kerana sahaja hanyalah seorang insan yang masih baru belajar... dan terus belajar...
Semoga laman blog ini memberi manfaat kepada kita bersama...
Amin...
Salam...
Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

0 ulasan: