Cerpen: Antara Tua Dan Dewasa © - Siri 2

Selasa, Jun 24, 2008

© Hakcipta Terpelihara 2008 - Oleh: Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
Hari turut berlalu. Berlalu seperti biasa, dari petang ke malam, dari malam ke pagi dan seterusnya. Tangisan si anak tiada lagi, tangisan si ibu juga tiada lagi, tangisan adik si anak juga tiada lagi. Hari berlalu lagi, berlalu dengan gembira, berlalu dengan riang. Bertukar dari hari ke hari dengan suasana selalu. Penduduk kampung pun berlalu dengan kegiatan selalu. Segalanya terus berlalu, berlalu macam selalu.

Suasana kampung masih begitu. Namun, hari ini lain, hari ini berbeza tidak macam selalu. Sayup-sayup kedengaran dari suara laungan dari jauh. Kedengaran suara seorang pemuda. Orang kampung yang mendengar suara itu, mengamat-amati suara itu. Mencari dari mana suara pelik itu. Suara yang mampu membuat semua orang kampung tergamam. Suara yang mampu menggegarkan suasana petang itu. Rupanya suara itu datangnya dari sebuah surau tua. Satu suara yang telah lama tidak kedengaran. Suara itu adalah suara azan yang berkumandang, memuji Pencipta Yang Maha Besar, Pencipta yang mencipta sekelian alam. Memuji Pesuruh-Nya yang termasyur dan gemilang, menyeru umat manusia mendirikan solat. Menyeru manusia ke arah kejayaan.

Penduduk kampung yang tergamam tadi terus bergondong-gondong menuju ke surau, semua ke surau, si tua, si muda, si bapak, si ibu, si anak, semuanya ke surau. Seorang demi seorang menuju ke surau. Ada lelaki yang berkain pelekat, ada yang berseluar panjang, ada yang seluar pendek, ada yang berbaju, ada yang tidak berbaju. Ada perempuan yang berkain batik, ada perempuan yang berseluar panjang, ada perempuan yang berseluar pendek, semua perempuan berbaju tetapi tiada perempuan yang bertudung, apatah lagi yang yang membawa telekung.

Semuanya berjalan menuju ke surau. Berjalan dengan satu langkah, berjalan dengan satu tujuan, berjalan dengan satu matlamat dan tekad. Semua mendekati sebuah surau yang telah usang dan buruk itu. Surau yang tidak pernah dihiraukan sejak dahulu. Surau yang telah lama sepi dari kunjungan jemaah. Surau yang hanya menjadi simbol kepada masyarakat luar bahawa penduduk di sini masih lagi ada agama walaupun hanya tinggal nama.

“Hoi… ada siapa dalam surau ini, hah!” jeritan seorang lelaki tua separuh umur sambil bercekak pinggang setelah kumpulan orang kampung itu mencecahkan kaki mereka di halaman surau usang itu. Lagaknya seperti seorang pendekar. Seperti Si Tuah memanggil Si Jebat yang sedang enak beradu di dalam Istana Sultan Melaka setelah mengamuk akibat Si Tuah yang telah mati pada anggapannya. Mengamuk kerana membela sahabat yang dianggap seperti saudaranya.

Suasana sepi, kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan memijak lantai papan yang telah usang. Terpacullah seorang pemuda yang wajah berseri-seri dengan pakaian lengkap berjubah dan berserban serba putih.

“Assalamualaikum semua, silalah naik boleh kita solat Asar berjemaah bersama” kata pemuda itu kepada orang kampung.

“Kau ni siapa?, datang ke sini ada apa, hah?” kata salah seorang penduduk kampung kepada pemuda itu.

“Saya Azizan, datang dari dari bandar, bertujuan ke mari ingin mencari sedikit ilmu” pemuda itu menjawab sambil tersenyum.

“Kau nak cari ilmu apa di sini? Kalau nak belajar pergilah sekolah atau pun mana-mana kolej ke. Sini bukan tempat belajar. Kau datang berapa orang dan siapa yang benarkan kau guna surau ni?” kata seorang pemuda kampung tersebut kepada pemuda itu.

“Maafkan saya, kami berlima kesemuanya, kami tak tahu kalau guna surau ni kena minta izin dahulu. Boleh saya tahu, dengan siapa kami perlu minta izin?” pemuda itu berkata.

“Ah, sudahlah aku tak peduli itu semua, yang aku tahu lepas kau orang sembahyang, cepat beredar dan jangan cuba-cuba nak tunjuk pandai dekat sini!” seorang lelaki tua dari kumpulan orang kampung itu memberi amaran.
Pemuda itu hanya menundukkan muka dan berdiam diri. Orang kampung semuanya berlalu. Pergi meninggalkan surau yang usang itu, pergi meninggalkan kumpulan lelaki muda itu dan pergi meninggalkan peluang solat berjemaah dan akhirnya waktu Asar juga pergi meninggalkan mereka.


****************************
Bersambung...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam takruf,
saya terbaca tentang isu plagiat skirp atau karya orang lain di blog kawan saya. Sy sebagai penulis, sy kira kes yang berlaku itu agak sukar utk diambil tindakan memandangkan skirp tersebut telah pun difilemkan. Kecuali sebelum berlaku itu, telah dicop dengan pesuruhjaya sumpah dan sebagainya dalam mengatasi perihal yang berlaku. Maknanya penulis juga sendiri kena tahu hal undang2 yang berkaitan dengan hakcipta manuskrip. Dan sy nasihatkan gak sdr jgn letak sebarang karya di blog kerana meskipun anda letak (c) - copyright - itu tidak menghalang dari perompak2 karya ini dari terus memplagiat karya sdr. Ingat tak kes iklan seorang bapa dan anak yang bertanyakan tentang burung murai tu, kan jadi isu tu. Jadi adalah sebaiknya kita sendiri sebagai penulis mengetahui dengan mendalam tentang perkara hakcipta ni. Tujuannya supaya kalau org buat -plagiat ni, kita tahu nak ambil tindakan atas asas perundangan yang macam mana. Begitulah nasihat saya. Disamping itu jemput ke blog hal dunia penulisan saya di :
http://serunaifaqir72.blogspot.com/

blog resensi buku sy dan kengkawan :
http://ketikamembaca.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

saya dah link blog sdr di blog resensi saya ...

Zaini Kosnin berkata...

Salam

Terima kasih di atas nasihat saudara itu. Saya amat menghargainya.

Bagi setiap karya sy, sememangnya ia terpelihara dan dilindungi. (Sila rujuk topik "PLAGIAT OH PLAGIAT... WAHAI ORANG YANG KECANDUAN PLAGIAT" di dalam blog ini) ada menjelaskan bagaimana saya melindungi karya-karya saya.

Apa-apa pun, sebenarnya saya ada tujuan sendiri mengapa saya melakukan semua ini dan biarlah hanya saya dan Allah s.w.t yang tahu akan sebabnya...

Terima kasih...

Salam Kasih Sesama Insan,

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

Tanpa Nama berkata...

salam,
Memang secara asal, kalau dirujuk pada akta dan konvensyen berner kalau tak silap saya, segala karya kita yang tertulis atau dicatatkan menjadi hakcipta kita secara mutlak, tetapi saya nasihatkan sekali lagi kpd sdr utk memelihara karya sdr dgn cara paling maksima. Tapi sudah sdr katakan begitu, maka tiada apalah yg boleh saya tolong sdr. Memang kita berserah kepada Allah, tapi kan setelah kita berusaha dulu. Nantilah kalau saya balik kampung dan ada kesempatan saya jumpa sdr. Kampung saya di Muar je... kita bincang lanjut perkara ini.

Zaini Kosnin berkata...

Salam

Ok. Terima kasih di atas nasihat itu. Harap sudilah baca topik "Plagiat Oh Plagiat... Wahai Orang Yang Kecanduan Plagiat..." di dalam blog ini. Di situ saya ada menjelaskan bagaimana saya melindungi karya saya...

Ada masa, kalau balik kampung singgahlah rumah saya ya. Boleh kita sembang-sembang & jadi kawan.

Saya amat menghargai rakan yang mengambil berat seperti anda.

Terima kasih.

Salam

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

AMAN RL4 berkata...

Di harap dapat belajar dari tuan,tahniah sebab wujudkan blog ini!