Berbahgia....

Khamis, Disember 30, 2010

1 ulasan

Alhamdulillah...

Rabu, Ogos 18, 2010

1 ulasan
Salam...

Maaf kerana lama menyepi... Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak... Semua orang kena puasakan? Mesti puasa... Ingatkan perut lapar kerana puasa idea lambat nak keluar... Rupanya makin mencurah-curah... Itulah hikmah Ramadhan...

Setelah mendapat M.C selama 19 hari berikutan dari pembedahan pada 29 Julai lalu... Kini dah dua hari aku mula bekerja semula... Ingatkan hari tu demam biasa... rupanya kaki aku ada masalah... Bengkak... Aku pergi la hospital... tahu-tahu doktor tahan wad dan terus kata nak bedah malam tu jugak... Aku pun terpaksa relakan untuk kebaikan aku...

Alhamdulillah, semuanya selamat dan okey... Skrg aku dah sihat kembali... Walau pun luka pembedahan ni masih belum sembuh sepenuhnya...

Ok... tengah kerja ni... nanti sambung lagi ek...

Salam...

Demam

Isnin, Julai 19, 2010

1 ulasan
Salam...

Kerja tengah banyak... Skrip kena siapkan... Editing lagi... itu lagi... ini lagi... aduh!... masalahnya tengah demam sekarang ni... rasa macam tak larat langsung nak buat apa-apa... tension pun ada... semua ada... aduh....

Skrip

Jumaat, Julai 16, 2010

0 ulasan
Salam...

Sejak aku kat Kedah ni, aku buat skrip lambat sikit la... adalah beberapa skrip yang aku dah siapkan dan dah hantar dan dah tayang pun... sekarang ni pulak tengah nak siapkan skrip 13 episod yang tajuknya Oh Fatimah...

Entah kenapa, mungkin suasana kehidupan di Kedah ni yang agak perlahan perjalanannya, menjadikan idea aku pun keluar secara perlahan-lahan... Hahaha... Kalau kat KL kan semuanya kena laju dan cepat... Ye ke?

Mungkin juga ada kaitan kot... Apa pandangan korang semua ek?

Huh!...

Sayang

Khamis, Julai 15, 2010

1 ulasan

Tunang Kesayanganku..... :)
(lambatnya bulan November ni... Hehehe....)

Bertukar!

0 ulasan
Salam....

Hehehe... aku tukar template lagi... kali ni lebih simple.... Ok....

Masa

0 ulasan
Salam...

Lama tak update blog. Kenapa aku susah nak disiplinkan diri update blog? Tak macam orang lain, rajin dan sentiasa ada masa nak update itu dan ini... Sorry la kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tinggalkan blog ini sebab aku jarang nak update.

Oklah, hari ni aku nak beritahu beberapa perkara. Perkara pertama pasal kerja kat UUM. Kerja macam biasa cuma sehari demi sehari aku dah mula rasa bosan dan tak ada hati nak terus kerja kat sini. Nak tahu sebab apa? Hehehe...

Sebabnya hati aku dah ada kat KL... Hahaha... dan yang paling penting, aku sekarang ni dalam proses beli rumah baru dekat Bandar Sri Permaisuri.... Rumah apa? Condo la... aku kan suka tinggal kat tempat tinggi-tinggi... Alhamdulillah, loan dah lulus... tengah tunggu pengurusan akhir je...

Dalam masa yang sama, aku dalam perancangan nak tukar kereta baru... hahahaha... kereta apa? Tunggu la nanti bila dah keluar, aku bagitau ek... Hehehe... aku dah booking dah... tunggu masa nak proses loan je sebab nak settlekan loan rumah dulu...

Ada lagi satu yang baru akan muncul dalam hidup aku.... Hahaha... Apa ek? InsyaAllah, bulan November ini aku akan bernikah dengan kesayangan aku... Kalau tak ada apa-apa masalah insyaAllah nikahnya pada 5/11/10 kat rumah Pakcik dia di JB... 6/11/10 kenduri kat sebelah perempuan.... dan 7/11/10 pula keduri kat rumah aku kat kampung Ayer Hitam...

Jemput semua ya datang untuk memeriahkan majlis.... Hehehe....

Oh ya... Alhamdulillah, jika tahun 2009 aku tinggalkan dengan penuh kecemerlangan, tahun 2010 yang baru aku tempuhi selama 7 bulan ini penuh dengan kebahagiaan insyaAllah, tahun 2010 ini aku aku tinggalkan dengan kegemilangan untuk menempuh tahun 2011 pula... Ibarat kata Nassarudin tahun ni aku dapat rumah baru, kereta baru dan isteri baru! Hahaha.... (Hehehe apa merepek ni, belum lagi sampai hujung tahun pun dah merancang untuk tahun baru....)

Apa yang aku harapkan adalah doa restu dari kawan-kawan semua... Mudah-mudahan hidup aku akan bertambah baik dan terus baik sampai bila-bila... Amin....

Oh ya... pasal karya pula, sejak tak update blog ini ada beberapa karya yang aku buat dah pun tersiar kat TV station... Harap-harap korang semua perasan la ek... Ok chow dulu...

Jumpa lagi... Salam....

Aalia - Astro Prima

Khamis, Mei 13, 2010

1 ulasan
Jangan lupa saksikan Drama Bersiri Aalia... dah berlangsung beberapa minggu dah... Entah episod yang ke berapa sekarang ni... Huhuhu....



Setiap Isnin hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Prima...


Tq

Entah...

Khamis, April 22, 2010

0 ulasan
Entah...

Satu Langkah Baru...

Sabtu, April 17, 2010

2 ulasan
Assalamua'laikum...

Aku mulakan bicara aku kat blog kali ini dengan satu jeritan yang amat kuat dan luar biasa!

AKU RINDU PADAMU!!!!!!!!!

Dah lama tak update blog ni kan? Aduh... Banyak kerjalah... Macam-macam nak kena fikir... Duduk di hujung dunia dan jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, pada mulanya aku sangkakan kehidupan aku di sini takkan sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Rupanya... Sangat-sangat sibuk...

Dah lama aku kat sini, kerinduan aku pada Kuala Lumpur semakin terasa... Macam-macam yang aku rindukan... Kat sini tak ada Times Square, tak ada Mid Valley, tak ada Low Yat... Paling ketara sekali, kat sini tak ada Amber Business Plaza... (hehehe... opis lama aku la masa kat KL dulu...)

Aku meninggalkan Kuala Lumpur dengan berharap akan ada sinar baru di sini... Tapi rupanya aku silap... Sinar yang aku cari selama ini memang berada di Kuala Lumpur... Entah apa yang melindungi mata aku sehingga aku tidak nampak sesuatu yang bernilai ada di sana... Yang menghairankan ia ada di depan mata...

Aku nak balik Kuala Lumpur! Itu rasa yang sering kali melonjak-lonjak di dalam hati aku... Tapi sebab apa? Sebab ada sesuatu yang sering kali buat aku tersenyum di sana... Ada sesuatu yang sering kali buat aku gembira di sana... Dia tidak pernah buat aku menangis... Dia tidak pernah melukakan hati aku... Dia sentiasa berada di dalam hati aku, setiap masa... setiap ketika...


Erda ku sayang... Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya... Kaulah Bidadari Cintaku... dan diri ini, hati ini, fikiran ini, jiwa ini... serta segala yang ada pada diri ini, adalah milikmu... Untuk selamanya...

Ya Allah... semakin hari aku jauh darinya... semakin aku terasa kehangatan rinduku padanya...

Semoga Allah memberkati dan merestui percintaan kita ini... Terima kasih sayang...


Z.K

Mencari Sesuatu Dalam Sesuatu...

Ahad, Mac 21, 2010

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, kini masuk minggu ke-4 bulan Mac... Ini bermakna aku dah pun berada di UUM selama 3 minggu lebih... :)

Seronok? Yah... memang seronok... Kehidupan di sini amat menyenangkan hati dan menenangkan jiwa... Jauh berbeza dengan kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur...

Cuma, aku masih mencari sesuatu dalam sesuatu... Sesuatu yang mesti aku dapatkan untuk melengkapkan kehidupan aku sebagai seorang manusia...

Tapi macam mana?

:)

Lillahi Ta'ala - Telemovie

Sabtu, Februari 13, 2010

1 ulasan
Salam...

Terima kasih kepada rakan-rakan yg terus mmberi sokongan....

Jangan lupa saksikan Telemovie Lillahi Ta'ala. Jam 9.30 mlm pada 19 Februari 2010. Di TV9...

Terima kasih...

Nur Di Jiwa Harina

Rabu, Januari 20, 2010

3 ulasan
Assalamua'laikum...

Jangan lupa saksikan Telemovie Nur Di Jiwa Harina...

Slot Cerekarama

Tarikh: 23 Januari 2010

Jam: 9.00 Malam

TV3...

Ramai-ramai kita saksikan telemovie hebat ini....!!!!


TQ

Halimah Jongang The Series....

Selasa, Januari 12, 2010

1 ulasan
Salam...

Halimah Jongang The Series akan menemui anda semua bermula 13 Januari 2010 ini... Mari kita sama-sama beramai-ramai menonton drama komedi terbaik Astro Prima ini...

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini...

Salam...