Konsep Garis Cerita?

Sabtu, Disember 19, 2009

Konsep Garis Cerita? Ada juga orang menyebutnya Storyline Concept. Apa itu? Itu adalah satu garisan yang digunakan untuk menentukan sesebuah cerita. Jika dulu, sewaktu kita sekolah rendah, cikgu ada mengajar kita bagaimana hendak menghasilkan sebuah karangan yang baik. Biasanya, ia mesti mempunyai Pengenalan, Isi dan Penutup.

Ini adalah kemahiran asas di dalam menentukan penulisan sesebuah cerita. Sama juga dengan penulisan skrip drama, telemovie atau pun filem. Konsep ini dipanggil Konsep Garis Cerita.

Di dalam konsep ini, terdapat beberapa perkara yang mesti dipatuhi untuk menghasilkan sebuah skrip yang bagus. Di antaranya adalah:

1) Permulaan
- Bagaimana ia bermula. Apa yang berlaku dan apakah pencetus kepada permulaan cerita tersebut.

2) Konflik
- Bagaimana konflik boleh bermula dan apakah pencetus kepada konflik tersebut. Untuk mencantikkan sesebuah skrip, pencetus kepada konflik ini mestilah mempunyai perkaitan dengan permulaan.

3) Klimaks
- Sebelum masuk ke klimaks, pertama sekali mestilah ada pencetus kepada wujudnya klimaks. Apakah perkara yang berlaku sehingga keadaan mendorong ke arah tercetusnya klimaks.

4) Pencetus Kesimpulan / Penutup
- Setelah cerita sampai ke tahap paling klimaks, penulis perlu mewujudkan pencetus kepada penyelesaian masalah ataupun kesimpulan untuk Penutup.

5) Penutup
- Di akhir cerita, bagaimana cerita berakhir... Apakah kesimpulan yang boleh dibuat...

Paling penting sekali, sebagai seorang penulis skrip, kita perlu memahami bahawa kita menulis untuk divisualkan. Bukan untuk menulis cerita untuk dibaca. Oleh yang demikian, bayangan visual di dalam fikiran kita amat penting ketika menulis dan apa yang penting, kita tahu bahawa gambarankan itu, boleh divisualkan...

Nanti kita sambung lagi ya...

Salam Ukhwah Penuh Kasih Sayang...


Zaini Kosnin

7 ulasan:

Kyna berkata...

Assalamualaikum abg zaini,
sy ade 1 soalan,layakkah seseorang yang baru belajar asas & pertama kali ingin menulis skrip terus mendapat projek untuk buat skrip tv?

Zaini Kosnin berkata...

Wa'alaikumusalam... Kyna...

Tq sbb sudi bertanya... Jawapan sy sngat mudah... Jika tak ada permulaan, dari manakan ia akan bermula... dan tanpa permulaan takkan ada kesinambungan... Pokok pangkalnya di dalam penulisan skrip ini ialah kreativiti dan pengetahuan... Jika anda yakin untuk memulakan... teruskan... belum cuba, belum tahu... Kadang kala, orang yg baru bermula ni lebih bagus dari orang lama... Apa salahnya memberi mereka peluang... Betul x?

Kyna berkata...

walaupun orang tu betul2 baru dan hanya tahu asas je utk buat skrip,maksudnya x tahu sgt soal tentang protagonis,antagonis atau konfrontasi..mcmana tu?

sham_arma berkata...

Panduan yang pendek dan padat. Thanks

Zaini Kosnin berkata...

Kyna... Ilmu boleh dicari dan ditambah... Jika kita tak mula buat, ilmu yg ada pada kita takkan bertambah... dan kita akan duduk di peringkat itu juga... Oleh itu, jika nak, tak kiralah sedikit mana pun ilmu kita itu, kita mesti mencuba agar kita akan bertambah mahir, dan terus mahir... betul x?

Zaini Kosnin berkata...

Sham Arma... Tq ya... sama-sama kita usaha memajukan diri... TQ

fahana_ann berkata...

salam, saya setuju dgn soalan Kyna..kadang memang tak yakin untuk mulakan..malahan memang membandingkan dgn karya yg telah sedia ada daripada penulis2 hebat..rasa sangat tak layak..tapi spt kata saudara juga, kalau tak de prmulaannya mcam mana nak teruskan ..terima kasih..