Assalamua'laikum...
Rakan-rakan seperjuangan dan seagama sekelian... Di harap kita semua akan sentiasa di dalam perlindungan dan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. Allah s.w.t itu Maha Agung lagi Maha Berkuasa akan sesuatu. Sesungguhnya tidak ada dan tidak akan ada sesuatu pun di dalam dunia ini dapat menandingi-Nya.
Inilah perkara yang perlu ditekankan di dalam hati kita sebagai umat Islam yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk berada di atas jalan-Nya. Sebagai penulis yang selalu menyampaikan dan berkongsi cerita kepada pembaca atau penonton, seelok-eloknya kita hendaklah sentiasa menyelitkan tentang keagungan Allah s.w.t di dalam setiap karya kita dengan tujuan untuk mengingatkan pembaca dan penonton serta diri kita sendiri tentang hakikat kekuasaan Allah s.w.t ini.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk atas berlagak pandai, tetapi dengan harapan jika ada diselitkan unsur-unsur usaha agama ini, maka sekurang-kurangnya mudah-mudahan karya kita tidak diklasifikasikan sebagai karya yang melalaikan dan menyeru ke arah kemaksiatan.
Alangkah indahnya jika kita sebagai umat Islam mengambil tanggungjawab ini. Sekurang-kurangnya, kita dapat menyumbang untuk Islam dan kita tidak akan digolongkan di dalam golongan orang-orang yang rugi kerana tidak menyampaikan atau mengingatkan ke arah kebaikan...
Sekian... Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Salam ukhwah penuh kasih sayang...
Zaini Kosnin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
mmng benar apa yang sdr cakapkan itu...setiap detik pernafasan kita, perlu kita ingat akan kebesaran Allah yang telah memberi kita nikmat di dunia ini dengan segala kesenangan dan keperitan untuk kita terus bangun dan maju di dalam hidup.
Allahu akbar!!!
Catat Ulasan