Puisi: Maut 2... ©

Sabtu, Mei 31, 2008

Bagaikan tiada jurang pemisah...
Jaraknya hanya seinci dua...
Ada di mana-mana...
Di depan, di belakang, di kiri atau di kanan...
Tiada ketentuan masa
Lusa, esok atau hari ini mahu pun sebentar lagi...
Ia hampir... sangat hampir...
Hanya menunggu saat dan ketika...

Nafas yang pertama dirasa…
Nafas kedua mungkin akhirnya…

Ketika ia datang menjemput,
Tubuh yang gagah menjadi takut,
Terkujur kaku menanti layu,

Biarpun kita belum sedia...
Biarpun masih belum kita redha...
Biarpun tidak pernah kita rela....

Menantinya bukan bererti harus menunggu,
Menyahut bukan bererti harus meminta,
Tiada hak kita ke atasnya,
Biarpun itu diri kita,
Tapi kita bukan pemiliknya…

Biarpun mati, meninggal dunia, wafat, terbunuh atau dibunuh...
Asalkan jangan sampai membunuh...
Jika hidup tidak mampu diberi,
janganlah pula maut yang diganti...
Jangan jadi penyebab,
kerana hanya yang Maha Pemberi yang berhak untuk memberi sebab...

Yang hina & berdosa,
Yang sombong dan angkuh,
Yang derhaka dan murka,
Yang syahid dan redha,
Yang kecewa dan merana….

Biar jauh berada di mana,
Bila sampai waktu ajalnya,
Hadirlah ia, dari segala pelusuk dunia,
Menjemput insan bertemu Pencipta,

Jika ditanya antara syurga dan neraka,
Pasti jawabnya syurga,
Rupanya banyak yang memilih neraka,
Walaupun mahunya syurga,

Sebelum ia datang mengunjung,
Biarlah jadi umat teragong,
Dunia dikendung, akhirat dijunjung….

Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007


© Copyright Control 2008 - ZK6269

0 ulasan: