Puisi: Derita Dunia... ©

Sabtu, Mei 31, 2008

Dicampak ke dunia kerana tipu daya,
Sehingga melahirkan generasi sengketa,
Menjadi nadi kejahatan & kehancuran dunia,

Bisikan durjana bermaharaja lela….
Terus alpa…

Udara yang dihirup bagaikan bisikan kejahatan,
Mata yang melihat bagaikan hasutan kehancuran,
Telinga yang mendengar bagaikan tipu daya kepuasan nafsu yang melulu,

Biarkan ia buta dan tuli,
Akan terbuka mata hati…

Dunia ini akan terus menangis kerana terus dilukai,
Yang zahirnya pernah berdarah 2 kali,
Tapi hakikat yang terikat,
Sejak generasi Adam yang pertama,
Berdarahnya dunia tidak pernah berhenti.
Apakah perlu berdarah lagi?

Yang gagah, bongkak dan sombong,
Yang takut, aku dan patuh,
Yang tersepit terus menjerit,
Yang petah terus melatah….
Namun hakikat yng tidak pernah berubah,
Dunia terus berdarah…..

Rasa tersentak segala urat,
Rasa tercengkam segala saraf,
Memikirkan derita dunia,
Bagaikan tiada lagi penawarnya….


Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007


© Copyright Control 2008 - ZK6269

0 ulasan: