Berputik kasih pada Illahi
Harumnya seharum kasturi
Bagai tiada ganti indahnya kasih suci
Hanya pada-Mu ku mengabdi
Perjalanan yang pernah ku lalui
Penuh liku onak berduri
Namun aku gagahi dan kini ku kembali
Mengharap kasih-Mu… Illahi…
c/o Ya Allah…
Berilah keampunan
Pada hamba-mu yang hina
Telah lama ku bernoda
Berikan hidayah-Mu…
Masihkah ada lagi ruang yang kosong
Untuk ku terus berlindung
Hanya pada-Mu Ya Allah
Tempat aku terus berserah
Selamanya….
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Lirik Lagu: Siapa Mahu Cintaku... ©
Label:
Lirik Lagu
Ada cinta di dalam saku hati
Ada kasih di dalam sanubari
Cinta ini tiada pemiliknya
Kasih ini tiada siapa yang punya
Ku cari… ku cari siapa yang ingin miliki
Ku cari… ku cari siapa yang mahu diberi
Adakah yang mahu cintaku…
Adakah yang mahu kasihku…
c/o Oh… Cinta… Oh… Kasih…
Ingin ku beri pada yang sudi…
Siapa mahu cintaku…
Siapa mahu kasihku…
Bukan ku menjaja cinta
Bukan ku menjual kasih
Tapi sedarlah manusia
Dunia ini perlukan cinta dan kasih…
Aman dunia kerana cinta…
Damai dunia kerana kasih…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Ada kasih di dalam sanubari
Cinta ini tiada pemiliknya
Kasih ini tiada siapa yang punya
Ku cari… ku cari siapa yang ingin miliki
Ku cari… ku cari siapa yang mahu diberi
Adakah yang mahu cintaku…
Adakah yang mahu kasihku…
c/o Oh… Cinta… Oh… Kasih…
Ingin ku beri pada yang sudi…
Siapa mahu cintaku…
Siapa mahu kasihku…
Bukan ku menjaja cinta
Bukan ku menjual kasih
Tapi sedarlah manusia
Dunia ini perlukan cinta dan kasih…
Aman dunia kerana cinta…
Damai dunia kerana kasih…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Senarai Skrip Yang Pernah Diterbitkan
Skrip Drama TV
1) Dj Millenium (Telemovie) - TV3
2) Projek X2 (Telemovie) - VCD
3) Beca Di Kuala Lumpur (30 minit X 13 Episod) - RTM
4) Arus Ke Kuala (45 minit X 13 Episod) - RTM
5) Cinta Karpet (Telemovie) - RTM
6) Impian Zanita (Telemovie) - Astro
7) Takbiratul Ihram (Telemovie) - Astro - Akan Datang...
8) Iktikaf (Telemovie) - TV3 - Akan Datang...
Dan banyak lagi...
1) Dj Millenium (Telemovie) - TV3
2) Projek X2 (Telemovie) - VCD
3) Beca Di Kuala Lumpur (30 minit X 13 Episod) - RTM
4) Arus Ke Kuala (45 minit X 13 Episod) - RTM
5) Cinta Karpet (Telemovie) - RTM
6) Impian Zanita (Telemovie) - Astro
7) Takbiratul Ihram (Telemovie) - Astro - Akan Datang...
8) Iktikaf (Telemovie) - TV3 - Akan Datang...
Dan banyak lagi...
Lirik Lagu: Cintaku Sendiri... ©
Label:
Lirik Lagu
Gemersik angin bayu yang bertiup
Membawa sejuta makna yang terpendam
Seketika itu ku termenggu sendirian
Mengenangkan cintaku yang kini keseorangan
Tidak pernah aku melupaimu
Biarpun telah lama terpisah jauh
Tidak terlintas untuk bercinta yang lain
Biar diriku terus sendiri
c/o Kasih masihkah kau ingat lagi
Waktu kita bercinta mesra
Bagaikan syurga di depan kita
Namun segala janji kau Persia
Kini aku masih sendiri
Mengheret cintaku yang kau mungkiri
Tidak ku mampu membenci
Dirimu yang tidak menghargai
Biarlah cintaku terus sendiri….
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Membawa sejuta makna yang terpendam
Seketika itu ku termenggu sendirian
Mengenangkan cintaku yang kini keseorangan
Tidak pernah aku melupaimu
Biarpun telah lama terpisah jauh
Tidak terlintas untuk bercinta yang lain
Biar diriku terus sendiri
c/o Kasih masihkah kau ingat lagi
Waktu kita bercinta mesra
Bagaikan syurga di depan kita
Namun segala janji kau Persia
Kini aku masih sendiri
Mengheret cintaku yang kau mungkiri
Tidak ku mampu membenci
Dirimu yang tidak menghargai
Biarlah cintaku terus sendiri….
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Puisi: Maut 2... ©
Bagaikan tiada jurang pemisah...
Jaraknya hanya seinci dua...
Ada di mana-mana...
Di depan, di belakang, di kiri atau di kanan...
Tiada ketentuan masa
Lusa, esok atau hari ini mahu pun sebentar lagi...
Ia hampir... sangat hampir...
Hanya menunggu saat dan ketika...
Nafas yang pertama dirasa…
Nafas kedua mungkin akhirnya…
Ketika ia datang menjemput,
Tubuh yang gagah menjadi takut,
Terkujur kaku menanti layu,
Biarpun kita belum sedia...
Biarpun masih belum kita redha...
Biarpun tidak pernah kita rela....
Menantinya bukan bererti harus menunggu,
Menyahut bukan bererti harus meminta,
Tiada hak kita ke atasnya,
Biarpun itu diri kita,
Tapi kita bukan pemiliknya…
Biarpun mati, meninggal dunia, wafat, terbunuh atau dibunuh...
Asalkan jangan sampai membunuh...
Jika hidup tidak mampu diberi,
janganlah pula maut yang diganti...
Jangan jadi penyebab,
kerana hanya yang Maha Pemberi yang berhak untuk memberi sebab...
Yang hina & berdosa,
Yang sombong dan angkuh,
Yang derhaka dan murka,
Yang syahid dan redha,
Yang kecewa dan merana….
Biar jauh berada di mana,
Bila sampai waktu ajalnya,
Hadirlah ia, dari segala pelusuk dunia,
Menjemput insan bertemu Pencipta,
Jika ditanya antara syurga dan neraka,
Pasti jawabnya syurga,
Rupanya banyak yang memilih neraka,
Walaupun mahunya syurga,
Sebelum ia datang mengunjung,
Biarlah jadi umat teragong,
Dunia dikendung, akhirat dijunjung….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Jaraknya hanya seinci dua...
Ada di mana-mana...
Di depan, di belakang, di kiri atau di kanan...
Tiada ketentuan masa
Lusa, esok atau hari ini mahu pun sebentar lagi...
Ia hampir... sangat hampir...
Hanya menunggu saat dan ketika...
Nafas yang pertama dirasa…
Nafas kedua mungkin akhirnya…
Ketika ia datang menjemput,
Tubuh yang gagah menjadi takut,
Terkujur kaku menanti layu,
Biarpun kita belum sedia...
Biarpun masih belum kita redha...
Biarpun tidak pernah kita rela....
Menantinya bukan bererti harus menunggu,
Menyahut bukan bererti harus meminta,
Tiada hak kita ke atasnya,
Biarpun itu diri kita,
Tapi kita bukan pemiliknya…
Biarpun mati, meninggal dunia, wafat, terbunuh atau dibunuh...
Asalkan jangan sampai membunuh...
Jika hidup tidak mampu diberi,
janganlah pula maut yang diganti...
Jangan jadi penyebab,
kerana hanya yang Maha Pemberi yang berhak untuk memberi sebab...
Yang hina & berdosa,
Yang sombong dan angkuh,
Yang derhaka dan murka,
Yang syahid dan redha,
Yang kecewa dan merana….
Biar jauh berada di mana,
Bila sampai waktu ajalnya,
Hadirlah ia, dari segala pelusuk dunia,
Menjemput insan bertemu Pencipta,
Jika ditanya antara syurga dan neraka,
Pasti jawabnya syurga,
Rupanya banyak yang memilih neraka,
Walaupun mahunya syurga,
Sebelum ia datang mengunjung,
Biarlah jadi umat teragong,
Dunia dikendung, akhirat dijunjung….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Lirik Lagu: Tuhan Tentukan Cintaku... ©
Label:
Lirik Lagu
Aku yang keseorangan
Bagaikan tiada harapan
Menikmati hidup bercinta
Seperti insan berdua
Kata-kata orang tua
Bukan rupa penentu cinta
Biarpun harta tak punya
Cinta pasti ada
c/o Namun mengapa kini
Aku masih sendiri
Sememangnya aku tak punya apa
Meskipun ku punya cinta
Oh Tuhan…
Tentukan cintaku
Agar hidupku jadi menentu
Manikmati Sunnah Nabi Mu…
Menyambung generasi ke anak cucu…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Bagaikan tiada harapan
Menikmati hidup bercinta
Seperti insan berdua
Kata-kata orang tua
Bukan rupa penentu cinta
Biarpun harta tak punya
Cinta pasti ada
c/o Namun mengapa kini
Aku masih sendiri
Sememangnya aku tak punya apa
Meskipun ku punya cinta
Oh Tuhan…
Tentukan cintaku
Agar hidupku jadi menentu
Manikmati Sunnah Nabi Mu…
Menyambung generasi ke anak cucu…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Lirik Lagu: Cinta Itu Bunga ©
Label:
Lirik Lagu
Tidak berani aku,
Melafazkan padamu,
Kehangatan cintamu,
Bisa menghanguskan jasadku,
Langkahku jadi kaku,
Lidahku jadi kelu,
Bagaimana lagi harusku,
Menyatakan cintaku…
Padamu…
Dari jauh ku melihat
Kau berlari di dalam kehujanan itu
Fikiran ku terus ligat
Ingin ku dekatimu
Oh kasih…
Ku tahu cinta itu bunga
Ku tahu rindu itu salju
Ingin ku dakap dirimu
Biar ku tahu keindahan itu…
Tapi aku kelu…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK626
Melafazkan padamu,
Kehangatan cintamu,
Bisa menghanguskan jasadku,
Langkahku jadi kaku,
Lidahku jadi kelu,
Bagaimana lagi harusku,
Menyatakan cintaku…
Padamu…
Dari jauh ku melihat
Kau berlari di dalam kehujanan itu
Fikiran ku terus ligat
Ingin ku dekatimu
Oh kasih…
Ku tahu cinta itu bunga
Ku tahu rindu itu salju
Ingin ku dakap dirimu
Biar ku tahu keindahan itu…
Tapi aku kelu…
Lirik : Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
© Copyright Control 2008 - ZK626
Puisi: Maut... ©
Manusia… Maut…
Tiada jurang pemisah…
Jaraknya hanya seinci dua…
Tapi di mana?
Di depan, di belakang, di kanan, di kiri…
Tapi bila?
Lusa, esok, hari ini, sebentar lagi…
Ia hampir… sangat hampir…
hanya menunggu saat dan ketika….
Nafas yang pertama dirasa…
Nafas kedua mungkin akhirnya…
Ketika ia datang menjemput,
Tubuh yang gagah menjadi takut,
Terkujur kaku menanti layu,
Menantinya bukan bererti harus menunggu,
Menyahut bukan bererti harus meminta,
Hadirlah ia, dari segala pelusuk dunia,
Biar jauh berada di mana,
Bila sampai waktu ajalnya,
Menjemput insan bertemu Pencipta,
Itu kerja Izrail…
Malaikat Maut yang mencabut nyawa…
Disentap… Ditarik… Direntap….
Bagaikan terpisah isi dengan kulit…
Rasanya perit... pedih… dan pahit….
Tiada manisnya… tiada indahnya…
Bila datang MAUT itu,
Maka tinggallah kehidupan…
Yang hina & berdosa,
Yang sombong dan angkuh,
Yang derhaka dan murka,
Yang syahid dan redha,
Yang kecewa dan merana….
Rupanya banyak yang memilih neraka,
Walaupun mahunya syurga,
Sebelum ia datang mengunjung,
Biarlah jadi umat teragong,
Dunia dikendung, akhirat dijunjung….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2007 - ZK6269
Tiada jurang pemisah…
Jaraknya hanya seinci dua…
Tapi di mana?
Di depan, di belakang, di kanan, di kiri…
Tapi bila?
Lusa, esok, hari ini, sebentar lagi…
Ia hampir… sangat hampir…
hanya menunggu saat dan ketika….
Nafas yang pertama dirasa…
Nafas kedua mungkin akhirnya…
Ketika ia datang menjemput,
Tubuh yang gagah menjadi takut,
Terkujur kaku menanti layu,
Menantinya bukan bererti harus menunggu,
Menyahut bukan bererti harus meminta,
Hadirlah ia, dari segala pelusuk dunia,
Biar jauh berada di mana,
Bila sampai waktu ajalnya,
Menjemput insan bertemu Pencipta,
Itu kerja Izrail…
Malaikat Maut yang mencabut nyawa…
Disentap… Ditarik… Direntap….
Bagaikan terpisah isi dengan kulit…
Rasanya perit... pedih… dan pahit….
Tiada manisnya… tiada indahnya…
Bila datang MAUT itu,
Maka tinggallah kehidupan…
Yang hina & berdosa,
Yang sombong dan angkuh,
Yang derhaka dan murka,
Yang syahid dan redha,
Yang kecewa dan merana….
Rupanya banyak yang memilih neraka,
Walaupun mahunya syurga,
Sebelum ia datang mengunjung,
Biarlah jadi umat teragong,
Dunia dikendung, akhirat dijunjung….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2007 - ZK6269
Puisi: Derita Dunia... ©
Dicampak ke dunia kerana tipu daya,
Sehingga melahirkan generasi sengketa,
Menjadi nadi kejahatan & kehancuran dunia,
Bisikan durjana bermaharaja lela….
Terus alpa…
Udara yang dihirup bagaikan bisikan kejahatan,
Mata yang melihat bagaikan hasutan kehancuran,
Telinga yang mendengar bagaikan tipu daya kepuasan nafsu yang melulu,
Biarkan ia buta dan tuli,
Akan terbuka mata hati…
Dunia ini akan terus menangis kerana terus dilukai,
Yang zahirnya pernah berdarah 2 kali,
Tapi hakikat yang terikat,
Sejak generasi Adam yang pertama,
Berdarahnya dunia tidak pernah berhenti.
Apakah perlu berdarah lagi?
Yang gagah, bongkak dan sombong,
Yang takut, aku dan patuh,
Yang tersepit terus menjerit,
Yang petah terus melatah….
Namun hakikat yng tidak pernah berubah,
Dunia terus berdarah…..
Rasa tersentak segala urat,
Rasa tercengkam segala saraf,
Memikirkan derita dunia,
Bagaikan tiada lagi penawarnya….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Sehingga melahirkan generasi sengketa,
Menjadi nadi kejahatan & kehancuran dunia,
Bisikan durjana bermaharaja lela….
Terus alpa…
Udara yang dihirup bagaikan bisikan kejahatan,
Mata yang melihat bagaikan hasutan kehancuran,
Telinga yang mendengar bagaikan tipu daya kepuasan nafsu yang melulu,
Biarkan ia buta dan tuli,
Akan terbuka mata hati…
Dunia ini akan terus menangis kerana terus dilukai,
Yang zahirnya pernah berdarah 2 kali,
Tapi hakikat yang terikat,
Sejak generasi Adam yang pertama,
Berdarahnya dunia tidak pernah berhenti.
Apakah perlu berdarah lagi?
Yang gagah, bongkak dan sombong,
Yang takut, aku dan patuh,
Yang tersepit terus menjerit,
Yang petah terus melatah….
Namun hakikat yng tidak pernah berubah,
Dunia terus berdarah…..
Rasa tersentak segala urat,
Rasa tercengkam segala saraf,
Memikirkan derita dunia,
Bagaikan tiada lagi penawarnya….
Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - 2007
© Copyright Control 2008 - ZK6269
Senarai Production House & Jabatan Kerajaan Yang Pernah Saya Sertai & Bekerjasama... Untuk Penerbitan Drama & Dokumentari...
Selasa, Mei 27, 2008
Label:
Dokumentari,
Drama,
Kata Aluan,
Semasa
Production House Swasta
1) Zeel Production Sdn. Bhd.
2) Asia Best Communication Sdn. Bhd.
3) Shooting Star Media Sdn. Bhd.
4) NR Network Sdn. Bhd.
5) Pictures Quality Sdn. Bhd.
6) Trans Movie Production Sdn. Bhd.
7) Pentas Opera Sdn. Bhd.
Jabatan Kerajaan
1) Universiti Utara Malaysia
2) Mahkamah Alor Star
3) Bahagian Teknologi Pendidikan, Kem. Pelajaran Malaysia.
1) Zeel Production Sdn. Bhd.
2) Asia Best Communication Sdn. Bhd.
3) Shooting Star Media Sdn. Bhd.
4) NR Network Sdn. Bhd.
5) Pictures Quality Sdn. Bhd.
6) Trans Movie Production Sdn. Bhd.
7) Pentas Opera Sdn. Bhd.
Jabatan Kerajaan
1) Universiti Utara Malaysia
2) Mahkamah Alor Star
3) Bahagian Teknologi Pendidikan, Kem. Pelajaran Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)