Kursus Kerjaya Sebagai Penulis Skrip Drama TV dan Filem

Sabtu, Februari 12, 2011

Anda seorang suri rumahtangga sepenuh masa? Anda seorang guru atau kakitangan kerajaan dan swasta yang mempunyai masa yang terluang? Ingin menambah pendapatan sampingan? Ingin bekerja dari rumah? Ingin menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya anda?

Ketahui potensi diri anda sama ada adakah anda berbakat menjadi seorang penulis? Penulis Skrip Drama TV dan Filem yang akan menjamin masa depan anda dan mengubah status hidup anda....

Sertai Kursus Kerjaya Sebagai Penulis Skrip Drama TV dan Filem anjuran Z K Creative Production Sdn. Bhd. yang akan di adakan pada :-

Tarikh: 10 April 2011.
Tempat: Kluang, Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mariam Amin, Pengurus Acara Zon Selatan di talian 017-7180338.

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti kursus yang menjanjikan kerjaya yang terbaik untuk anda.... InsyaAllah...

Kepada rakan-rakan yang berada di negeri lain, kami akan sampai ke tempat anda... Tunggu....

Salam hormat,


Zaini Kosnin
Pengarah Urusan / Penerbit
Z K Creative Production Sdn. Bhd.

12 ulasan:

mangsibersamajabatanku berkata...

jauhnya...

Kamalr Yusof Al-Paghity berkata...

Tuan ZK...takkan tak buat kat Klang Valley ni.... Jangan le lupakan geng kat sini plak....Uhuuu...

Zaini Kosnin berkata...

InsyaAllah, saya akan buat di Klang Valley nanti... ikut giliran... hehe...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum abg zaini. sy cuma ingin tahu kos utk saya sertai kursus penulisan skrip yg abg zaini anjurkan, utk persediaan sy. sy dah be;lajar dr apa yg abg zaini beritahu sebelum ini, tp masih ada byk lg perkara yg sy tidak faham. sy juga ingin abg zaini menilai pencapaian yg telah sy belajar dr penulisan abg di blog.

Mawar MK berkata...

salam...saya nak tau kos kursus ni...InsyaAllah klu ada rezeki dan masa mengizinkan...saya nak join.saya seorang surirumah sepenuh masa yg sgt minat dgn bidang penulisan sejak dr bangku sekolah lg.

Zaini Kosnin berkata...

Salam hormat...

Terima kasih kerana bertanya berkenaan dengan kursus ini. Untuk maklumat anda, kos untuk menyertai kursus ini adalah sebanyak RM300.00.

Yuran tersebut adalah bagi tujuan bayaran untuk sewa tempat, makan, sijil, nota dan software penulisan skrip yang akan saya berikan semasa kursus.

Yuran ini tidak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan apa yang anda perolehi, tambahan pula, sekiranya anda berpotensi untuk menjadi seorang penulis skrip, saya akan bimbing anda sehingga anda berjaya...

Jalan untuk anda akan saya sediakan, tapi kejayaan anda, anda yang tentukan...

Semoga berjaya....

Selamat dan terima kasih....

Tanpa Nama berkata...

asaalamualaikum saudara zaini,
bilakah agaknya tarikh kursus penulisan skrip ini akan diadakan di sekitar lembah klang. saya sgt berminat untuk mengikutinya. terima kasih. saya seorang pensyarah di institut pendidikan guru.

Tanpa Nama berkata...

bila nak wat kat seremban or mlaka...

SPB berkata...

Jangan lupa sebelah utara pun ada nak join!!

Tanpa Nama berkata...

salam en.zaini...bila agaknya nak buat kursus di kuantan pahang ye?n biasa berapa jam kursus tersebut?

Tanpa Nama berkata...

dkt kl x buat ke?

Plain jane berkata...

Salam en. zaini, bila nak buat kursus kat Kuching, Sarawak. Kat cni, tak tau nak cari kat mana. Boleh reply kat emel saya, nmdewi@gmail.com. Saya betul2 berminat.