Masa

Khamis, Julai 15, 2010

Salam...

Lama tak update blog. Kenapa aku susah nak disiplinkan diri update blog? Tak macam orang lain, rajin dan sentiasa ada masa nak update itu dan ini... Sorry la kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tinggalkan blog ini sebab aku jarang nak update.

Oklah, hari ni aku nak beritahu beberapa perkara. Perkara pertama pasal kerja kat UUM. Kerja macam biasa cuma sehari demi sehari aku dah mula rasa bosan dan tak ada hati nak terus kerja kat sini. Nak tahu sebab apa? Hehehe...

Sebabnya hati aku dah ada kat KL... Hahaha... dan yang paling penting, aku sekarang ni dalam proses beli rumah baru dekat Bandar Sri Permaisuri.... Rumah apa? Condo la... aku kan suka tinggal kat tempat tinggi-tinggi... Alhamdulillah, loan dah lulus... tengah tunggu pengurusan akhir je...

Dalam masa yang sama, aku dalam perancangan nak tukar kereta baru... hahahaha... kereta apa? Tunggu la nanti bila dah keluar, aku bagitau ek... Hehehe... aku dah booking dah... tunggu masa nak proses loan je sebab nak settlekan loan rumah dulu...

Ada lagi satu yang baru akan muncul dalam hidup aku.... Hahaha... Apa ek? InsyaAllah, bulan November ini aku akan bernikah dengan kesayangan aku... Kalau tak ada apa-apa masalah insyaAllah nikahnya pada 5/11/10 kat rumah Pakcik dia di JB... 6/11/10 kenduri kat sebelah perempuan.... dan 7/11/10 pula keduri kat rumah aku kat kampung Ayer Hitam...

Jemput semua ya datang untuk memeriahkan majlis.... Hehehe....

Oh ya... Alhamdulillah, jika tahun 2009 aku tinggalkan dengan penuh kecemerlangan, tahun 2010 yang baru aku tempuhi selama 7 bulan ini penuh dengan kebahagiaan insyaAllah, tahun 2010 ini aku aku tinggalkan dengan kegemilangan untuk menempuh tahun 2011 pula... Ibarat kata Nassarudin tahun ni aku dapat rumah baru, kereta baru dan isteri baru! Hahaha.... (Hehehe apa merepek ni, belum lagi sampai hujung tahun pun dah merancang untuk tahun baru....)

Apa yang aku harapkan adalah doa restu dari kawan-kawan semua... Mudah-mudahan hidup aku akan bertambah baik dan terus baik sampai bila-bila... Amin....

Oh ya... pasal karya pula, sejak tak update blog ini ada beberapa karya yang aku buat dah pun tersiar kat TV station... Harap-harap korang semua perasan la ek... Ok chow dulu...

Jumpa lagi... Salam....

0 ulasan: