Sinopsis
I'ktikaf adalah sebuah telemovie yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mengalami pergolakan kerana kehidupan yang mereka jalani tidak seimbang antara duniawi & ukhrawi. Azahari, seorang bapa tunggal mempunyai 2 orang anak (Syawal & Syafie). Setelah kematian isterinya yg pertama, Azahari mengambil masa selama 14 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin semula kerana tidak yakin ada wanita boleh menerima anaknya yang ke-2 (Syafie) yang cacat sejak lahir. Namun perkenalannya dengan Azirah mengubah pendiriannya dan bercadang untuk mengahwininya. Sebagai anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, Syawal menjadi seorang remaja yang liar & tidak percaya pada kewujudan Tuhan setelah doanya tidak dimakbulkan. Syawal juga lebih mengenali bapanya yang selama ini memang telah hanyut di lembah kehinaan. Syawal berasa takut untuk membenarkan Azahari berkahwin dengan Azirah kerana dia tidak mahu Azahari menjadikan Syafie yang tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sebagai alasan untuk dia mengahwini Azirah. Syawal mahu Azahari berkahwin semula kerana dia benar-benar mahu berkahwin.
Ternyata jangkaan Syawal mengenai sikap ayahnya memang tepat. Ayahnya tetap dgn sikap sambil lewa, suka melakukan maksiat dan terus hanyut di dalam kesesatan. Azahari telah meletakkan tanggungjawab menjaga Syafie kepada Azirah dan sedangkan dia sendiri tidak pernah meluangkan masa bersama keluarga. Sejak ada Azirah, Syawal juga tidak pernah mengambil tahu tentang Syafie. Azirah yang pada awalnya adalah seorang wanita yg baik, menjadi tertekan dengan sikap Azahari & Syawal yg lari dari tanggungjawab itu. Akibat daripada rasa terbeban, Azirah menjadikan Syafie sbgai tmpt untuk dia melepaskn marah dan menjadi mangsa penderaannya.
Sehinggalah pd suatu hari, Syawal pulang ke rmh dan mendapati Azirah sedang memukul Syafie. Oleh kerana Syawal ingin melindungi Syafie, secara tak sengaja dia telah tertumbuk Azirah sehingga jatuh dari tangga dan koma. Oleh kerana takut, Syawal telah membawa Syafie lari kereta mereka telah trbabas di pinggir hutan. Syawal membawa Syafie lari ke dlm hutan dan tersesat sehingga bertemu dengan Tok Hambali. Dari saat itu, bermulalah saat2 pencarian Syafie oleh pihak polis yang pada awalnya menyangka ia adalah kes penculikan. Namun, satu demi satu persoalan terjawab dengan sendirinya apabila mereka menemui bukti.
Azahari terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. Sejak kejadian itu, sedikit demi sedikit hati Azahari terbuka & dia mula nampak kesilapannya.
Tok Hambali telah memainkan peranan untuk membawa keluarga ini ke jalan yang benar. Pelbagai nasihat diberikan kpd anak beranak ini di tmpt yg berbeza pada waktu yang sama. Syawal mula memahami erti kehidupan dan mengenali ALLAH. Azahari pula mula mengenal erti tggungjwb dan memahami erti menjadi seorg hamba serta memahami betapa kerdilnya manusia di sisi Allah. Mengenal dosa & pmbalasan-Nya menjadikan Azahari benar2 insaf. Tok Hambali menasihati mereka supaya perbykkan zikrullah & beriktikaf di masjid2 ALLAH.
Akhirnya keluarga mereka bersatu semula. Dengan izin Allah s.w.t, Azirah telah sedar semula setelah mendengar lafaz syahadah yg dilafazkan oleh Syafie yg cacat itu.
Fakta menarik!
1) Dlm drama ini, langsung tak ada adegan sentuh menyentuh @ adegan suami dan isteri di dalam bilik.
2) Dialognya penuh dengan ilmu mengenal sifat-sifat Allah.
3) Drama yg benar2 sarat dengan isu2 & mslah msyarakat Melayu Islam masa kini.
4) Brjaya menjauhkn drama ini daripada unsur-unsur maksiat kerana ia benar-benar menyeru ke arah mengenali kehidupan dgn mendekatkan diri kpd Allah s.w.t.
Dialog 'power'!!!
1) Doktor Reeza kepada Azahari:
“Kita sememangnya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk menyelamatkannya... Namun kita cuma boleh berusaha... Allah s.w.t yang menentukan segalanya... Duit bukannya boleh membeli takdir yang baik, Encik Azahari...”
2) Azahari kepada Detektif Zahnita
“Prosedur apa? Prosedur melambatkan kerja?”
3) Insp. Zakri kepada Azahari
“Ada banyak perkara yang berlaku kita tidak tahu kenapa ia berlaku Encik Azahari... Biar sejuta kali pun kita persoalkan, kita takkan dapat jawapannya... kalau kita tidak mencari...”
4) Tok Hambali kepada Syawal
“Di dalam dunia ini, ada banyak perkara yang tidak terjangkau pada akal fikiran manusia... Pengetahuan manusia amat terbatas... tidak akan mampu untuk memikirkan semuanya... sebab itulah Allah menghadkan pengetahuan manusia hanya pada perkara-perkara yang manusia perlu tahu... yang selebihnya Allah pisahkan dari manusia dengan dinding-dinding Kasyaf...”
5) Syawal kepada Azahari
“Saya tidak pernah menghalang ayah untuk berkahwin semula... Saya suka... tapi saya mahu ayah berkahwin di atas kerelaan hati ayah sendiri... bukannya menjadikan adik sebagai alasan untuk ayah memuaskan nafsu ayah...”
6) Tok Hambali kepada Syawal
“Diri kita ini milik Allah... Kita ini hanyalah makhluk ciptaannya... Dia berhak mengatur apa jua bentuk kehidupan kita...”
7) Tok Hambali kepada Syawal
“Tak ada sesiapa yang menafikan hak kamu untuk bersuara... Sebab itu Allah amat gembira dan menyukai bila hamba-Nya berdoa dan meminta daripada-Nya... Mintalah apa saja... Mengadulah apa pun kita nak ngadu...”
8) Tok Hambali kepada Syawal
“Yang sebenarnya, balasan itu juga adalah satu dugaan... Allah memberikannya kepada kita supaya kita dapat membuat keputusan sama ada ingin berubah atau pun terus menerus melakukan perbuatan yang salah itu... jika kita terus melakukannya, maknanya kita gagal dengan dugaan yang diberikan-Nya...”
9) Doktor Reeza kepada Azahari
“Bertawakal dan berdoalah kepada Allah... Hanya dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya...”
10) Tok Hambali kepada Azahari
“Ada banyak rahsia hati dan peribadi yang kita tak nak orang lain ketahui... Begitu juga alam ini... ada banyak sangat rahsia yang tersembunyi... Betul tak Encik...”
11) Tok Hambali kepada Azahari
“Kenapa kamu tak nak mengadu kepada Allah di atas setiap kesusahan dan masalah kamu? Bukankah Dia yang itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?”
12) Azahari kepada kawan-kawannya
“Selagi boleh minum, kita minum... Enjoy puas-puas... nanti kalau esok kiamat, kita dah puas enjoy...” (TAPI DIALOG NI DAH KENA POTONG!!!)
13) Tok Hambali kepada Azahari
“Persoalannya sekarang ini bukanlah apa yang telah kita lakukan... tetapi natijah yang akan berlaku di atas setiap perbuatan kita... Bertaubatlah...”
14) Tok Hambali kepada Azahari
“Perbanyakkan Zikrullah... Beriktikaflah di Masjid-masjid Allah... InsyaAllah...”
Ada banyak lagi dialog yang penuh bermakna… tapi tak sempatlah saya nak masukkan semua… Malas nak tengok balik…
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi menonton… Semoga anda semua sentiasa di dalam perlindungan dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t…
Jangan lupa menonton Cinta Zanita di Astro Ria, Jumaat (28 Nov 2008) ini…. Terima Kasih...
Salam,
Zaini Kosnin
0 ulasan:
Catat Ulasan