Panduan Penyediaan Proposal Drama TV - Siri 1

Khamis, Julai 03, 2008


Nak tahu cara buat proposal drama TV yang terkini? 

Klik link ini http://bit.ly/1nf6Joc

============================
Salam Bahagia Penuh Penghormatan...

Sejak saya memulakan topik Panduan Penulisan Skrip, saya selalu mendapat email dari ramai pembaca yang bertanya berkenaan dengan cara untuk mereka menghantar skrip dan cerita mereka ke Stesen TV. Mungkin masih ramai penulis baru yang tidak jelas dengan cara dan amalan yang selalu digunakan di negara kita.

Bagi drama TV perlu saya ingatkan di sini bahawa, tidak perlu kita membuat skrip penuh terlebih dahulu. Apa yang perlu kita sediakan ialah proposal bagi cerita yang kita nak buat itu. Proposal yang telah lengkap itu haruslah kita hantar kepada Produser di Syarikat Produksi pilihan kita supaya mereka boleh menghantar ke Stesen TV.


Sebenarnya tidak ada format khas bagi seorang penulis menyediakan proposal untuk syarikat produksi ini. Kita boleh buat mengikut kreativiti kita. Namun begitu, ada elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam proposal tersebut yang kita tidak boleh tinggal dan mesti ada.
Kebanyakan format proposal yang perlu disediakan oleh penulis untuk produser sama saja bagi semua televisyen kecuali RTM. Ini kerana sejak RTM memperkenalkan sistem tender, cara penyediaan proposal yang perlu disediakan untuk RTM haruslah mengikut kehendak mereka. Biasanya RTM ada menyediakan format tersebut untuk rujukan penulis dan produser setiap kali tender dibuka. Oleh yang demikian sebaik-baiknya untuk RTM, penulis dan bakal penulis ikut format yang dikeluarkan pada waktu tender dibuka.

Apa yang ingin saya bincangkan di sini, saya ingin mengutarakan kaedah atau cara yang biasa digunakan oleh saya di dalam menyediakan proposal untuk drama TV bagi Stesen TV Rangkaian Media Prima dan Astro. Sekali lagi saya ingatkan bahawa setiap penulis itu ada cara mereka sendiri dan mungkin sedikit berbeza, cuma apa yang saya paparkan di sini ialah element yang perlu ada di dalam proposal tersebut.

Cara penyediaannya adalah seperti berikut.

1) Maklumat Produksi

Sila nyatakan sama ada Telemovie / Drama Berepisod?

Untuk : Nyatakan Stesen TV Mana? TV3? Astro Ria?
Slot Cadangan : Slot Apa? Cerekerama? Teleprima?
Tema : Nyatakan Tema. Contohnya Hari Raya, Hari Bapa?
Konsep : Kekeluargaan? Percintaan? Jenayah?
Sasaran : Umum

Tajuk : Apa Tajuknya?
Genre : Semi Heavy Drama? / Romantic Comedy?
Running Time : 90 Minit? 45 minit X 13 episod? 30 minit X 25 Episod
Oleh : Siapakah Anda?


2) Sinopsis / Storyline

Ini merupakan bahagian yang paling panjang yang anda akan tulis. Nyatakan dengan terperinci jalan cerita yang hendak kita buat. Tulis subjek kita dengan jelas dan terperinci untuk main plot dan sub plot.

Jika ia merupakan sebuah drama berepisod, sila nyatakan sekali sinopsis bagi setiap episod.


3) Watak dan Perwatakan
Senaraikan setiap watak di dalam cerita tersebut beserta perwatakannya sekali dan cadangan artis yang akan mendukung watak tersebut. Berilah dua atau tiga orang calon bagi setiap watak.

Asingkan antara Watak Utama dan Watak Pembantu supaya ia senang dilihat. Perwatakan bagi setiap watak haruslah ditulis dengan terperinci seperti usia, jantina, sifat, protagonis atau antagonis, hubungan dengan watak lain dan sebagainya.


4) Moral

Di ruangan ini, sila nyatakan moral dan pengajaran yang ingin anda sampaikan kepada penonton. Apakah mesej di sebalik cerita anda itu.


5) Cadangan Lokasi
Berikan cadangan lokasi yang anda fikirkan sesuai dan menarik.


6) Sasaran Penonton

Sila nyatakan siapakah sasaran penonton anda. Adakah remaja berusia 13 hingga 20 tahun? Atau dewasa 25 hingga 40 tahun dan sebagainya…

Propsal Tamat.

Di dalam menyediakan proposal ini, menjadi tanggungjawab kepada penulis untuk memastikan permintaan di dalam cerita tersebut tidak terlalu tinggi sehingga akan menelan perbelanjaan yang banyak. Ia perlu dielakkan dengan cara meminimumkan watak sama ada watak utama dan pembantu, pemilihan lokasi dan props yang tidak menelan perbelanjaan yang tinggi. Ini kerana pada kebiasaannya proposal yang akan menelan perbelanjaan yang banyak biasanya akan ‘dibakulsampahkan’ sebelum ia sempat sampai kepada stesen TV.
*Setelah proposal anda itu lengkap, maka mulalah berurusan dengan mana-mana produser yang anda rasakan boleh berurusan dengan anda. Berilah proposal tersebut kepada mereka untuk mereka nilai dan hantar ke stesen TV yang sepatutnya.

Sekian dulu untuk topik kali ini… Sila nantikan topik berikutnya… Jika ada sebarang kemusykilan silalah bertanya...

*Betul jika saya silap… Kita sama-sama belajar…

Salam Terhormat Penuh Kasih Sayang Sesama Insan…
Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah..lepas ni,pakat2 jadik penulis skrip la ya!!

Yana Ismail berkata...

wah wah!mesti punya bakat yg sgt besar:)huhu

Amiene Rev berkata...

Salam,

Terima kasih kerana maklumat ini. Adakah cara yang sama juga sesuai digunakan untuk filem?

Zaini Kosnin berkata...

Terima kasih abang idzaris, princess liyana dan amiene rev kerana melawat... saya hanya dipinjamkan Allah bakat yang ini untuk membantu sesama insan...

Amiene Rev, proposal ini juga sesuai dibuat untuk filem. Kandungannya sama juga, tetapi ada perbezaannya. Biasanya filem kita kena siapkan skrip bersama sebelum berurusan dgn pengarah dan penerbit kerana pada kebiasaanya mereka mahukan skrip penuh untuk filem.

Harap maklum.

Terima Kasih.

Salam kasih sayang sesama insan...

*Betulkan jika saya silap... kita sama-sama belajar...

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)

Apa Kau Nak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Apple berkata...

Best! Best! Best! Sy sk blog ni! keep it up man!

Fiza Nordin berkata...

Pertama kali di sini... Alhamdulillah ada banyak ilmu yang boleh dicedok dan dijadikan panduan... Terima kasih!

noraini berkata...

Alhamdulillah, memang tuan seorang yang baikhati, sanggup berkongsi ilmu dengan pembaca yang masih buta dengan ilmu drama tv. Terima kasih banyak2. Jika nak tahu lebih banyak mengenai drama tv sila lawati laman ini, http://tinyurl.com/9n6azg3

kasehmea berkata...

asalamualaikum..terimaksih atas perkongsian ilmu yg sgt berguna dan bermanfaat ini. semoga Allah memberkati. ianya sangt2 berguna kepada saya, seorang pelajar komunikasi penyiaran. saya amat berminat untuk menulis skrip..
terima kasih.

Athirah berkata...

Assalamualaikum. Ini kali pertama saya berkeinginan menulis skrip untuk filem. Jadi, blh saya tahu bagaimana caranya? Adakah saya perlu siapkan sinopsisnya atau proposal sblm dihantar ke mana2 pihak? Dan maksud blogger, ialah perlu siapkan penceritaan dr awal hingga habis, mcm tu ka?

Unknown berkata...

tumpang tanya,bagaimana cara untuk kita hubungi syarikat penerbitan drama. Boleh tak encik cadang beberapa nama syarikat drama yang encik pilih beserta nombor telefon atau cara lain untuk menghubungi penerbit tersebut.

Unknown berkata...

Mcm mna nak cari producer?
Mesti ada link ke?
Maaf saya pendatang baru.

Rahsia Hati Huda berkata...

Terima kasih kak :)