Format
Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.
1) Scene Heading
2) Action
3) Character
4) Parenthetical
5) Dialogue
6) Transition
1) Scene Heading
Ini dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.
Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:
INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT
EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER
Penerangan.
INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam (INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. Contohnya RUMAH BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.
Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialah DAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…
2) Action
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.
Contohnya:
Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut yang tidak teratur.
Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.
Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.
Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.
Penerangan.
Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan sekitarnya. Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan dengan kamera.
Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.
3) Character
Character atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah seperti berikut.
PAK KASSIM
Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.
4) Parenthetical
Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.
Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.
4) Parenthetical
Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.
Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.
ARYON
(sedih)
Atau pun selepas dialog.
ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)
5) Dialogue
Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.
Kedudukannya adalah seperti berikut.
Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.
Kedudukannya adalah seperti berikut.
ARYON
Saya tidak terfikir pula…
6) Transition
Transition merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.
Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.
Contohnya adalah seperti berikut:
CUT TO:
Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.
Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya tunjukkan tadi, bolehlah kita simpulkan bahawa format penulisan skrip filem dan drama TV adalah seperti berikut.
Download Contoh :
Demikianlah rupa format penulisan skrip. Harap ia dapat membantu anda pembaca semua menulis dengan lebih baik.
Selamat berkarya…
Salam Hormat Penuh Kasih Sayang Sesama Insan…
Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
23 ulasan:
Hayakallah,
Terima kasih. Inilah istilah-istilah yang ingin saya ketahui tujuannya.
Saya berharap akan ada penjelasan yang lebih lanjut mengenai
CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Assalamu'alaikum warohmatullah. Awak ini mesti sangat arif mengenai penulisan skrip. Awak sudah berapa lama dalam bidang ini?
Salam ukhwah~
Salam
Saya mengikuti panduan menulis skirp kamu, sbb saya pun tgh belajar menulis skirp juga. Terima kasih banyak2 kerana sudi menumpahkan sedikit ilmu di sini. Izinkan saya menggunakan serba sedikit panduan yang diperturunkan sebagai panduan. Jazakallahu khairan kathira.
Asm saudara, terima kasih atas pendidikan yang diberikan percuma dari anda. Saya pernah belajar penulisan skrip 10 tahun lepas dan saya rasa artikel anda adalah refresher yang terbaik - macam yang cikgu saya ajar. :)
Tq sb bagi panduan percuma ni. Sngt2 berterima kasih.
kenapa tak dapat buka file yg perlu dimuatturun tu???
Kenapa sepi tanpa berita?
sungguh berguna ilmu ni.. akan saya jadikan panduan.. great!
assalamualaikum.. saudara Zaini, boleh tak kirimkan saya format penulisan skrip filem dan drama TV tu? sebab link yg saudara berikan tidak dapat dicapai.. (file rosak agaknya) email saya lokan79@gmail.com terima kasih berkongsi ilmu..
salam, cik zaini, link yang cik beri untuk download contoh skrip tidak dapat di buka, file not found, saya harap cik boleh emelkan kepada saya di : kazrina_2001@yahoo.com. terima kasih cik
assalamualaikum...
terima kasih atas panduan yang telah kamu berikan itu. Tetapi saya masih tidak faham pada:
CUT TO:INTERCUT TO: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
salam..alhamdulillah,setakat ni saya cuma pernah buat sampai habis dan drama tersebut dah pun di tayangkan di tv. pada hal saya tak pernah lansung buat skrip.tapi sekarang baru saya tercari2 siapa yang boleh mengajar saya cara2 buat skrip dengan lebih detail dan secara berdepan..kalau ada feedback dari mana2 pihak. boleh email saya : pakzedzedi@yahoo.com
sekian dan salam.
Saudara, boleh tolong emelkan format lengkap atau contoh skrip. Link yang diberi tu tak boleh bka. emel saya fikrinord@gmail.com.
Terima kasih.
sy benar2 berminat dlm penulisan skriop ni..boleh tolong emailkan contoh skrip ke email sy...sy betul2 rasa terhutang budi dgn saudara..email:isya1012@yahoo.com
Assalamualaikum.
Saya baru saja dapat mencari laman web yg dapat membantu saya dalam penulisan skrip. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dalam penulisan skrip. Boleh saya dapat contoh skrip dari tuan untuk rujukan saya. email saya...napi6669@yahoo.co.uk
Terima kasih sekali lagi.
boleh saya ingin lihat contoh skrip... sebab saya nak cuba buat skrip....
ini emel saya...
red_butterfly92@yahoo.com
tolong ye.....
http://www.dailyactor.com/screenplays/
mungkin url di atas dapat membantu kalian kerana saya belajar melalui skrip hollywood~
Assalamualaikum...
Boleh x emailkan kat saya di gnala83_smartz@yahoo.com kerana link yang saudara beri tidak dapat dibuka..Harap saudara dapat berkongsi pengetahuan bersama...
Terima kasih dan wassalam.
Assalamualaikum...saya masih xfaham cara2 nk tulis skrip tu..boleh tolong emelkan format lengkap atau contoh skrip..saya nk belajar tulis skrip..saya sangat berminat dalam bidang penulisan skrip..ni email sy..siha_uum@yahoo.com..thanks..
Assalammualaikum, maaf jika saudara boleh emailkan ke saya format penulisan skrip yg lengkap itu boleh? Link yg saudara berikan tidak dapat dicapai
youngbizworld@gmail.com
Terima Kasih Daun Keladi,
Saya Pelajar Merendah Diri,
Jasa Tuan Kepada Membantu Kami,
Sanjungan Ilmu Seikhlas Hati.
hntr dkt mana proposal tu
Catat Ulasan