Satu Langkah Baru...

Sabtu, April 17, 2010

2 ulasan
Assalamua'laikum...

Aku mulakan bicara aku kat blog kali ini dengan satu jeritan yang amat kuat dan luar biasa!

AKU RINDU PADAMU!!!!!!!!!

Dah lama tak update blog ni kan? Aduh... Banyak kerjalah... Macam-macam nak kena fikir... Duduk di hujung dunia dan jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, pada mulanya aku sangkakan kehidupan aku di sini takkan sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Rupanya... Sangat-sangat sibuk...

Dah lama aku kat sini, kerinduan aku pada Kuala Lumpur semakin terasa... Macam-macam yang aku rindukan... Kat sini tak ada Times Square, tak ada Mid Valley, tak ada Low Yat... Paling ketara sekali, kat sini tak ada Amber Business Plaza... (hehehe... opis lama aku la masa kat KL dulu...)

Aku meninggalkan Kuala Lumpur dengan berharap akan ada sinar baru di sini... Tapi rupanya aku silap... Sinar yang aku cari selama ini memang berada di Kuala Lumpur... Entah apa yang melindungi mata aku sehingga aku tidak nampak sesuatu yang bernilai ada di sana... Yang menghairankan ia ada di depan mata...

Aku nak balik Kuala Lumpur! Itu rasa yang sering kali melonjak-lonjak di dalam hati aku... Tapi sebab apa? Sebab ada sesuatu yang sering kali buat aku tersenyum di sana... Ada sesuatu yang sering kali buat aku gembira di sana... Dia tidak pernah buat aku menangis... Dia tidak pernah melukakan hati aku... Dia sentiasa berada di dalam hati aku, setiap masa... setiap ketika...


Erda ku sayang... Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya... Kaulah Bidadari Cintaku... dan diri ini, hati ini, fikiran ini, jiwa ini... serta segala yang ada pada diri ini, adalah milikmu... Untuk selamanya...

Ya Allah... semakin hari aku jauh darinya... semakin aku terasa kehangatan rinduku padanya...

Semoga Allah memberkati dan merestui percintaan kita ini... Terima kasih sayang...


Z.K

Mencari Sesuatu Dalam Sesuatu...

Ahad, Mac 21, 2010

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, kini masuk minggu ke-4 bulan Mac... Ini bermakna aku dah pun berada di UUM selama 3 minggu lebih... :)

Seronok? Yah... memang seronok... Kehidupan di sini amat menyenangkan hati dan menenangkan jiwa... Jauh berbeza dengan kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur...

Cuma, aku masih mencari sesuatu dalam sesuatu... Sesuatu yang mesti aku dapatkan untuk melengkapkan kehidupan aku sebagai seorang manusia...

Tapi macam mana?

:)

Lillahi Ta'ala - Telemovie

Sabtu, Februari 13, 2010

1 ulasan
Salam...

Terima kasih kepada rakan-rakan yg terus mmberi sokongan....

Jangan lupa saksikan Telemovie Lillahi Ta'ala. Jam 9.30 mlm pada 19 Februari 2010. Di TV9...

Terima kasih...

Nur Di Jiwa Harina

Rabu, Januari 20, 2010

3 ulasan
Assalamua'laikum...

Jangan lupa saksikan Telemovie Nur Di Jiwa Harina...

Slot Cerekarama

Tarikh: 23 Januari 2010

Jam: 9.00 Malam

TV3...

Ramai-ramai kita saksikan telemovie hebat ini....!!!!


TQ

Halimah Jongang The Series....

Selasa, Januari 12, 2010

1 ulasan
Salam...

Halimah Jongang The Series akan menemui anda semua bermula 13 Januari 2010 ini... Mari kita sama-sama beramai-ramai menonton drama komedi terbaik Astro Prima ini...

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini...

Salam...