Satu Langkah Baru...

Sabtu, April 17, 2010

Assalamua'laikum...

Aku mulakan bicara aku kat blog kali ini dengan satu jeritan yang amat kuat dan luar biasa!

AKU RINDU PADAMU!!!!!!!!!

Dah lama tak update blog ni kan? Aduh... Banyak kerjalah... Macam-macam nak kena fikir... Duduk di hujung dunia dan jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, pada mulanya aku sangkakan kehidupan aku di sini takkan sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Rupanya... Sangat-sangat sibuk...

Dah lama aku kat sini, kerinduan aku pada Kuala Lumpur semakin terasa... Macam-macam yang aku rindukan... Kat sini tak ada Times Square, tak ada Mid Valley, tak ada Low Yat... Paling ketara sekali, kat sini tak ada Amber Business Plaza... (hehehe... opis lama aku la masa kat KL dulu...)

Aku meninggalkan Kuala Lumpur dengan berharap akan ada sinar baru di sini... Tapi rupanya aku silap... Sinar yang aku cari selama ini memang berada di Kuala Lumpur... Entah apa yang melindungi mata aku sehingga aku tidak nampak sesuatu yang bernilai ada di sana... Yang menghairankan ia ada di depan mata...

Aku nak balik Kuala Lumpur! Itu rasa yang sering kali melonjak-lonjak di dalam hati aku... Tapi sebab apa? Sebab ada sesuatu yang sering kali buat aku tersenyum di sana... Ada sesuatu yang sering kali buat aku gembira di sana... Dia tidak pernah buat aku menangis... Dia tidak pernah melukakan hati aku... Dia sentiasa berada di dalam hati aku, setiap masa... setiap ketika...


Erda ku sayang... Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya... Kaulah Bidadari Cintaku... dan diri ini, hati ini, fikiran ini, jiwa ini... serta segala yang ada pada diri ini, adalah milikmu... Untuk selamanya...

Ya Allah... semakin hari aku jauh darinya... semakin aku terasa kehangatan rinduku padanya...

Semoga Allah memberkati dan merestui percintaan kita ini... Terima kasih sayang...


Z.K

2 ulasan:

Kamalr Yusof Al-Paghity berkata...

Salam Bro...
Haa... tu la.. kan dah kena panahan !! bukan orang tak tau kesan radiasinya.. Cukup hebat sekali tu bro. Syukurlah kalau betul-betul dah ada yang sayang. Selamat Berbahagia, tuan..
Nak tau.. ntah brapa ratus kali teman jengok blog tuan..tapi hampeih... Nasib baik tak delete terus je address blog tuan ni... Baru tau rupanya selama itu "busy' krn dah ada yang sayang. Tahniah. Selamat Berbahagia sekali lagi. Wa Calo....

Zaini Kosnin berkata...

Hahaha...

Thx bro... Sorry la... lambat update blog... macam2 hal le... Hahaha